suria

Agensi kurung Blackpink, Jennie bosan duduk asrama

Jennie (kanan) mendedahkan kisah 'dikurung' agensi pengurusan sewaktu di awal kemunculan.

KUMPULAN Blackpink tidak banyak diberi peluang untuk membuat persembahan ketika awal kemunculan sekitar Ogos 2016. 

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang anggotanya iaitu Jennie yang berkongsi kembali pengalaman bermula di bawah pengurusan YG Entertainment. 

Katanya semua anggota lebih banyak menghabiskan masa di asrama tanpa aktiviti seni. 

Peminat terkejut mendengar pendedahan yang dibuat oleh Jennie.

“Mereka (YG Entertainment) tidak meminta kami untuk melakukan banyak perkara dan kebanyakan masa kami dihabiskan di asrama,” katanya. 

Jennie berkongsi perkara itu ketika tampil sebagai tetamu dalam temu bual bersama program bual bicara You Quiz On The Block

Hos program tersebut iaitu Yoo Jae Suk sempat bergurau mengatakan tindakan berkenaan mungkin disebabkan mahu menjaga aura misteri Blackpink sebagai artis baharu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak cukup nafas, peminat bengang tengok persembahan ‘separuh mati’ Jennie

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink tonton persembahan Lisa di Coachella, bukti hubungan baik tiada sengketa

Jennie bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana menganggap tidak sepatutnya berlaku. 

“Menjadi misteri itu juga satu benda yang sangat membosankan,” ujarnya. 

Kenyataan Jennie itu mendapat pelbagai reaksi peminat termasuk luahan tidak berpuas hati terhadap YG Entertainment. 

“Ini membuktikan YG Entertainment suka mengurung artis mereka dan menjaga mereka seperti Raja dan misteri. Saya benci tindakan seperti itu. 

“Keputusan ini adalah kesilapan terbesar YG. Tidak pasti berapa tahun mereka ‘dikurung’, tindakan mengurung Blackpink adalah sangat tidak wajar,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain