SEORANG wanita yang dikenali sebagai Jane Doe tampil sebagai saksi mendakwa dirinya menjadi salah seorang mangsa rogol penyanyi rap P. Diddy.
Menceritakan kembali detik hitam yang dilalui pada Julai 2001 itu, Jane memberitahu penyanyi berkenaan memaksa dia melakukan hubungan intim selain melakukan kekerasan.
Namun di sebalik pengakuan itu, apa yang menarik perhatian adalah pendedahannya tentang saiz kemaluan Diddy.
Mangsa samakan kemaluan Diddy dengan Tootsie Roll.
Menurut Jane dia menarik nafas lega apabila melihat saiz zakar Diddy dan menyamakan ia seperti coklat berjenama Tootsie Roll.
"Ia kelihatan panjang dan lilitnya seperti Tootsie Roll yang besar," jelasnya
Jane mendedahkan pengalaman itu dalam persidangan mahkamah yang berlangsung pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Cassie dipaksa seks dengan pelacur lelaki, dibelasah P. Diddy jika tak ikut arahan
ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul bekas kekasih, peguam Cassie anggap permohonan maaf P. Diddy terdesak dan tidak ikhlas
Semenjak kejadian itu dia berhenti menjawab panggilan Diddy dan terpaksa menjalani rawatan psikologi kerana mengalami trauma yang teruk.
Pada September 2024, Diddy atau Sean John Combs, 55, ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan jenayah pemerdagangan dan keganasan seks membabitkan lebih 50 individu.
Susulan penahanan itu ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa termasuk artis lelaki seperti Usher, Justin Bieber, Jaden Smith dan Meek Mill.
Diddy bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan dilemparkan kepadanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!