suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Perempuan tu bahagia ada 2 anak” - Isteri terkilan hidup cukup makan, suami pula masih tanggung hutang bekas kekasih

Seorang wanita meluahkan kebimbangan selepas mengetahui suaminya masih menuntut hutang daripada bekas kekasih. -Gambar hiasan AI

PINJAMAN wang bukanlah perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila melibatkan 'orang luar' yang dibantu atas dasar kepercayaan.

Namun, kepercayaan itu boleh bertukar menjadi beban apabila wang yang dipinjamkan gagal dilunaskan seperti dijanjikan.

Begitulah kebimbangan seorang wanita selepas mengetahui suaminya pernah membuat pinjaman kewangan demi membantu bekas kekasih yang hampir menjadi tunangnya suatu ketika dahulu.

Menurut wanita itu, rahsia berkenaan terbongkar selepas dia terbaca mesej antara suaminya dengan wanita terbabit.

Berhati-hati dalam membantu individu yang masih belum mempunyai hubungan yang sah. -Gambar hiasan AI

Berhati-hati dalam membantu individu yang masih belum mempunyai hubungan yang sah. -Gambar hiasan AI

Lebih mengejutkan, suaminya masih berusaha menuntut bayaran pinjaman yang didakwa belum dilunaskan, namun mesejnya tidak berbalas.

“Saya terjumpa mesej suami dengan bekas teman wanitanya. Dulu dia pernah buat pinjaman sebab mereka hampir bertunang, tetapi tak jadi.

“Apabila saya tengok media sosial perempuan itu, rupanya sudah ada dua orang anak dan nampak bahagia berjalan ke sana sini. Suami saya sampai merayu minta dia bayar pinjaman tertunggak, tapi malangnya mesej pun tak dibalas,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bab duit jangan percaya siapa pun” - SA wanita gigit jari rugi RM2,000, pelanggan batal pinjaman selepas hasil jual kereta masuk akaun

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas habis SPM terus ‘ditunggang’ mak ayah, suka hati guna MyKad buat pinjaman bank... Dah kena CTOS terus dilabel derhaka!

Wanita itu turut meluahkan rasa terkilan apabila melihat kehidupan bekas kekasih suaminya yang kelihatan bahagia, sedangkan mereka sekeluarga hanya menjalani kehidupan sekadar cukup makan dan masih berdepan isu hutang berkenaan.

"Suami tak tahu saya dah baca mesej tu, hanya lepas beberapa bulan ni baru saya ambil keputusan nak minta pandangan orang lain mengenai perkara ni.

"Selama ni pun saya tak pernah tahu kewujudan perempuan tu," katanya. 

  • Seorang isteri dapat tahu rahsia lama suami selepas terbaca mesej dengan bekas kekasih.
  • Suami pernah membuat pinjaman kewangan kerana mereka hampir bertunang.
  • Bekas kekasih itu didakwa masih belum melunaskan hutang walaupun sudah berkeluarga.
  • Suami berulang kali merayu meminta bayaran, namun mesejnya tidak berbalas.
  • Isteri tertanya-tanya sama ada tuntutan hutang tersebut boleh dibawa ke mahkamah.

Dalam masa sama, wanita itu tertanya-tanya sama ada tuntutan hutang berkenaan boleh dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan semula wang yang didakwa masih belum dibayar.

“Kes macam ini boleh dibawa ke mahkamah ke?” soalnya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan kes yang dialami suami wanita itu bukan perkara baru kerana ramai lagi pernah berdepan situasi sedemikian. 

"Sama kes macam suami saya. Dulu dia guna nama sendiri beli kereta untuk bekas kekasih. Sekali tak jadi nikah... perempuan tu terus ghaib dan biarkan tunggakan kereta sangkut atas nama suami saya.

"Apabila guna nama sendiri memang tak boleh nak buat apa walaupun bawa kes ke mahkamah. Bertabahlah," tulis warganet.

Artikel Lain