MENJADI penasihat jualan kereta (SA) pastinya berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan, termasuk berhadapan situasi tidak dijangka.Seorang SA wanita mendakwa mengalami kerugian selepas pelanggan yang berurusan dengannya membatalkan pinjaman kereta pada saat akhir. Wanita itu berkata, pelanggan berkenaan pada awalnya mahu menukar beli sebuah Perodua Myvi keluaran 2018 dan berharap memperoleh tawaran sekitar RM22,000.Ada pelanggan yang memudahkan kerja SA dalam berurusan. -Gambar hiasan AI"Dia berharap RM22,000 tetapi tawaran tertinggi yang diperoleh untuk kereta itu hanyalah RM20,000. Tapi dia mati-mati nak harga RM22,000 juga."Jadi saya tawar dekat dia yang saya boleh beri RM2,000 tambahan tapi dengan syarat perlu beli kereta dengan saya," katanya.Katanya, pelanggan tersebut bersetuju dengan tawaran berkenaan sebelum urusan jual beli diteruskan.Namun, selepas semua urusan berkaitan kereta selesai dan wang tambahan RM2,000 dimasukkan ke dalam akaun pelanggan, wanita itu mendakwa menerima kejutan apabila individu berkenaan membatalkan pinjaman dengannya.ARTIKEL BERKAITAN: SA senior buat tak layan pelanggan pandu Wira, pekerja baharu akhirnya ‘close deal’ dua buah kereta! - “Tengok slip gaji terus kering darah!”ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang sebak hari pertama bekerja, dimarahi sebab lembab ‘scan’ barang... Pakcik sindir sangka dari Bangladesh“Sampai hati pelanggan itu buat saya macam ini. Asalnya saya dah cakap, dia kena berjanji untuk beli kereta dengan saya, barulah saya beri RM2,000 itu.“Tahu-tahu dia batalkan sebab nak menyokong kawan. Dia beli dengan kawan. Sekarang saya tak tahu nak rasa apa, macam dikhianati,” katanya.Wanita itu mengakui terlalu mempercayai pelanggan tersebut menyebabkan dia diperdaya sedemikian."Saya tak fikir panjang sebab percaya. Lagi pun pelanggan sebelum ini semua ok je, sekali jadi macam ni. Pengajaran baru dalam kehidupan," katanya.SA wanita rugi RM2,000 selepas pelanggan batal pinjaman.Pelanggan mahu RM22,000 untuk trade-in Myvi 2018.SA tawar tambahan RM2,000 daripada duit sendiri.Pelanggan didakwa beli kereta dengan rakannya.Netizen nasihatkan supaya berhati-hati bab duit.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan jangan sesekali mempercayai sesiapa sahaja berkaitan duit."Bab duit kena beringat. Jadikan pengajaran, semua orang dalam bidang jualan rasanya memang pernah terkena kes macam ni."Main dengan duit ni jangan sesekali percaya siapa pun," komen warga maya.