suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SA senior buat tak layan pelanggan pandu Wira, pekerja baharu akhirnya ‘close deal’ dua buah kereta! - “Tengok slip gaji terus kering darah!”

Jangan sesekali menilai pelanggan berdasarkan penampilan luaran. -Gambar hiasan AI

SIAPA sangka tindakan melayan seorang pelanggan yang dipandang sepi oleh pekerja lain akhirnya menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan seorang penasihat jualan kereta (SA).

Pemuda dikenali sebagai Fauzee Ramlee itu memberitahu kejadian berlaku ketika baru seminggu bekerja di sebuah pusat jualan kenderaan di Ipoh, Perak kira-kira 15 tahun lalu.

Menurut Fauzee, sebagai pekerja baharu ketika itu, dia belum diberikan tugasan menjaga bilik pameran dan kebiasaannya hanya mengikut pekerja senior mempelajari cara melayan serta menyakinkan pelanggan.

"Saya tanya SA (penasihat jualan) yang bertugas kenapa tak attend (pelanggan). Ada senior cakap, kau nak attend, pergilah!

"Saya pun pergi dekat lelaki itu, sapa dia dan tanya nak tengok kereta apa. Dia terus senyum dan cakap nak tengok kereta paling mahal berharga RM180,000," katanya.

Tanpa mempersoalkan kemampuan pelanggan tersebut, Fauzee membawanya melihat kereta berkenaan dan mempelawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan.

Setiap individu mempunyai kereta impian masing-masing. -Gambar hiasan AI

Setiap individu mempunyai kereta impian masing-masing. -Gambar hiasan AI

Katanya, keterujaan jelas terpancar pada wajah lelaki tersebut yang mengakui sudah bertahun-tahun mengimpikan model berkenaan tetapi merasakan dirinya tidak mampu memilikinya.

"Paling buat saya terkejut apabila dia cakap setiap kali nampak kereta itu, dia akan cepat-cepat ambil gambar.

"Dia juga potong gambar kereta tu dekat almari baju, malah dalam dompet pun ada," katanya.

Melihat keterujaan itu, Fauzee kemudian menawarkan lelaki berkenaan memandu uji kereta impiannya.

Selesai pandu uji, mereka kembali ke bilik pameran, namun Fauzee mengakui langsung tidak meletakkan harapan lelaki tersebut akan membuat pembelian.

Pelanggan itu memaklumkan dia memiliki sebuah Proton Wira SE yang mahu ditukar beli dengan nilai sekitar RM12,000 ketika itu.

"Dia cakap, terima kasih sebab ini pertama kali SA layan saya dan pertama kali saya duduk dan bawa kereta impian saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak haji sekeluarga hilang bersama kereta 'test drive'! Jurujual berjaya jejak rumah, terkejut lihat apa berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta kaki kelentong! Janji banyak hadiah akhirnya bagi payung, petrol untuk 2km... Suruh pembeli bersyukur

"Sepatutnya selepas pandu uji kami buat kira-kira kelayakan dan bayaran bulanan tapi dia cakap kena balik sebab ada hal," ujarnya.

Fauzee kemudian memberikan senarai harga yang tertera nombor telefonnya kerana kad nama masih belum siap.

Selepas lelaki itu beredar, Fauzee mendakwa ada rakan sekerja menyindir tindakannya melayan pelanggan berkenaan.

Namun dia tidak mengambil hati kerana menganggap ia sebagai peluang untuk menimba pengalaman.

Tanpa disangka, pada malam sama lelaki tersebut menghubunginya dan meminta untuk berjumpa keesokan hari bagi mencuba permohonan pinjaman.

"Bila jumpa saya tengok slip gaji kerajaan dan sebagai SA memang terus tengok gaji bersih.

Ada individu yang memiliki pendapatan besar tapi hidup bersederhana. -Gambar hiasan AI

Ada individu yang memiliki pendapatan besar tapi hidup bersederhana. -Gambar hiasan AI

"Rasa kering darah sekejap! Lima angka dan tak ada satu pun potongan Angkasa. Rupanya dia seorang doktor," katanya.

Permohonan pembiayaan dibuat dan menurut Fauzee, ia diluluskan dalam tempoh kurang setengah hari.

Lelaki tersebut begitu gembira dan pada mulanya memilih Nissan Teana berwarna perak.

Namun berlaku perubahan rancangan apabila dia menghubungi Fauzee pada malam itu dengan nada sedih untuk membatalkan pembelian.

Menurutnya, selepas berbincang dengan isteri, mereka memutuskan kenderaan pelbagai guna (MPV) lebih sesuai kerana mempunyai ramai anak.

Fauzee kemudian mencadangkan sebuah MPV tujuh tempat duduk dan menguruskan pertukaran model seperti diminta.

  • Pelanggan dipandang sepi ketika masuk ke bilik pameran.
  • Fauzee yang baru seminggu bekerja tampil melayannya.
  • Terkejut pelanggan rupanya doktor bergaji lima angka.
  • Dahulukan keluarga dengan membeli MPV.
  • Sembilan bulan kemudian kembali membeli kereta impian.

Tidak lama kemudian, doktor itu hadir bersama isteri serta anak-anak untuk mengambil MPV baharu mereka.

"Isteri dan anak-anak memang gembira. Saya bisik dekat dia, abang hebat sebab dah bahagiakan keluarga. Dia senyum, tapi macam kelat sikit," katanya.

Kira-kira sembilan bulan selepas membeli MPV tersebut, pelanggan berkenaan kembali menghubungi Fauzee.

"'Fauzee! Abang dah tak boleh tahan. Sekejap lagi abang bagi slip gaji dan teruskan beli kereta yang diidamkan sebelum ini," mesej pelanggan itu.

Permohonan pembiayaan sekali lagi berjalan lancar dan pada bulan berikutnya, impian lelaki tersebut untuk memiliki kereta berharga RM180,000 itu akhirnya menjadi kenyataan.

"Hubungan kami tidak berakhir di situ, sehingga hari ini kami saling berhubung," katanya.

Artikel Lain