suria

Pak haji sekeluarga hilang bersama kereta 'test drive'! Jurujual berjaya jejak rumah, terkejut lihat apa berlaku

Membenarkan kereta dipandu uji tanpa ditemani jurujual boleh mengundang risiko dan bahaya. -Gambar hiasan AI

SEORANG penjual kereta terpakai berkongsi satu situasi yang memeningkan kepalanya apabila didatangi keluarga yang mahu memandu uji sebuah Toyota Camry di premisnya.

Menurut penasihat jualan itu, bakal pembeli datang bersama famili besarnya sehingga tiada ruang untuk dia menemani mereka sekeluarga ketika sesi pandu uji.

Dia menjelaskan, disebabkan penampilan yang meyakinkan dan kereta yang digunakan mereka turut ditinggalkan di premis, dia bersetuju membenarkan kereta tersebut dipandu uji.

Kereta terpakai menjadi pilihan bagi mereka yang ingin berjimat cermat. -Gambar hiasan AIKereta terpakai menjadi pilihan bagi mereka yang ingin berjimat cermat. -Gambar hiasan AI

"Kita tengok pun pak haji, orang Muar juga tapi test drive lama sangat hampir satu hari. Terpaksa kita tanya orang sana sini nak dapatkan kereta tu semula.

"Bila dah dapat tahu rumah kat mana, terus ke sana. Kereta kita pun ada kat sana," kata penjual tersebut.

Namun katanya, mereka sekeluarga mengambil masa yang lama sebelum membuka pintu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta terpakai ‘cash’, siap dah belanja RM400 untuk baiki... Sudahnya susah hati tengok berderet rekod saman lampau

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak jadi beli kereta terpakai guna ‘loan kedai’, bimbang faedah tinggi... Makin buntu deposit RM1,000 ‘hangus’

"Ambil masa 15 minit tunggu dia keluar. Rupanya semua tidur, alasan penat dan tak cukup rehat.

"Dia penat lepas tu lupa, tapi masa call berkali-berkali jawab tak hantar juga. Nak marah lebih-lebih dah tua," katanya.

Katanya, lelaki tersebut pada awalnya menyatakan hasrat membeli kereta itu namun berubah nada selepas dimarahi kerana tindakan mereka yang dianggap tidak bertanggungjawab.

  • Sebuah keluarga memandu uji Camry hampir sehari hingga jurujual menyangka kereta dibawa lari.
  • Jurujual menjejak mereka di rumah dan mendapati mereka tidur kerana kepenatan.
  • Pelanggan awalnya mahu beli kereta tetapi berubah nada selepas dimarahi.
  • Rakaman dashcam menunjukkan mereka hanya memandu pulang ke rumah, bukan test drive jarak jauh.
  • Netizen menasihatkan jurujual supaya jangan benarkan pelanggan test drive tanpa ditemani.

“Bila kita marah, dia pula kata kita kurang ajar. Minta maaf pun tidak,” katanya.

Sebaik membawa pulang kereta tersebut ke premis, jurujual memeriksa rakaman 'dashcam' dan mendapati ia tidak dipandu jauh sebaliknya mereka sekeluarga memang terus pulang ke rumah.

Sementara itu netizen menasihati jurujual ini supaya jangan sesekali membenarkan pelanggan memandu uji sendirian kerana dikhuatiri mengundang jenayah.

"Jangan biarkan customer test drive kereta tanpa kita ada bersama, bahaya. Perwatakan warak pun tak boleh percaya.

"Lain kali terus ke balai polis je buat report kereta hilang," katanya.

 

Artikel Lain