suria

Sudahlah bukan ‘provider’, solat wajib pun tinggal! Janji temu pertama wanita ini serba tak kena, terjumpa lelaki ‘redflag’

Tempoh perkenalan adalah waktu untuk mengenali hati budi individu yang mahu dijadikan pasangan. -Gambar hiasa AI

BAGI kebanyakan individu, keluar berjanji temu adalah masa untuk saling mengenali hati budi hati seseorang yang mahu dijadikan pasangan.

Namun tidak semua pengalaman tersebut meninggalkan kenangan manis hingga membuatkan seseorang serik untuk berjumpa kali kedua.

Begitulah juga dengan wanita ini yang berkongsi kisah janji temunya dengan seorang jejaka yang sudah menunjukkan ciri-ciri redflag pada pertemuan pertama mereka. 

Lelaki yang rajin mendirikan solat menjadi idaman para wanita untuk dijadikan suami. -Gambar hiasanLelaki yang rajin mendirikan solat menjadi idaman para wanita untuk dijadikan suami. -Gambar hiasan

"Pernah dating dengan seorang ni. Saya spend time dengan dia dari tengah hari sampai ke tengah malam.

"Naik kereta saya, tiga kali singgah makan. Tengah hari dia bayar makan, kemudian lepak pantai dekat Batu Feringgi order minum air mahal-mahal. Sampai waktu nak bayar, dia dekat belakang. Sayalah kena bayar. Okey tak apa.

"Lepas tu saya hantar dia. Dia cakap nak kopi-kopi dulu sebelum balik. Saya order kopi je, tapi dia siap makan-makan semua complete set. Akhirnya saya juga yang bayarkan," tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di laman Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari lepas keluar ‘dating’ tengok wayang, teman lelaki hantar kod QR... Minta bayar balik duit tiket

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak single sampai mati!” - Lelaki ‘sumpah’ wanita tak jumpa jodoh, marah permintaan nak bermanja masa ‘dating’ ditolak

Bukanlah mahu berkira, namun menurut wanita tersebut, jejaka berkenaan langsung tidak menghulurkan duit minyak sebagai balasan selepas dia membayarkan makanan.

"Minyak kereta kot lah nak (tolong isi) full tank... jangan haraplah," kongsinya. 

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman keluar dating dengan lelaki yang menunjukkan ciri red flag.

  • Lelaki itu mengelak membayar bil makanan, dan akhirnya wanita tersebut yang terpaksa bayar.

  • Lelaki itu juga tidak menghulur duit minyak walaupun menaiki kereta wanita tersebut.

  • Sepanjang hampir separuh hari keluar, lelaki itu langsung tak ajak singgah solat.

  • Netizen menasihati wanita itu supaya tinggalkan lelaki tersebut kerana bukan calon suami yang baik.

Tambah wanita itu, apa yang membuatkan dia gagal untuk berbaik sangka adalah apabila jejaka itu langsung tidak menunaikan solat sepanjang pertemuan mereka pada hari tersebut.   

"Daripada tengah hari ke tengah malam, saya tunggu juga dia ajak singgah solat, tapi tak ada pun. Jangan tanya sebab apa saya tak ajak dia singgah solat. Saya kan perempuan, waktu tu memang 'cuti'" kongsinya lagi.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi namun rata-ratanya menyarankan supaya wanita tersebut 'angkat kaki' memandangkan lelaki berkenaan bukanlah calon suami yang baik.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Biasanya lelaki gentleman dia akan bayarkan makanan tetapi sesekali perempuan bayar, okay je. Nak berjalan pun pastikan ada surau atau dekat dengan masjid. 

"Lelaki macam ni biasa keluar dengan kawan-kawan, time bayar dia buat-buat tak dengar.

"Tak mengapa la pengalaman mendewasakan, jadi awak dah belajar sesuatu daripada seorang lelaki," komen netizen. 

Artikel Lain