suria

“Awak single sampai mati!” - Lelaki ‘sumpah’ wanita tak jumpa jodoh, marah permintaan nak bermanja masa ‘dating’ ditolak

Antara 'redflag' lelaki bagi seorang wanita adalah tidak menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan

PADA era digital kini, aplikasi cari jodoh menjadi semakin popular dalam kalangan mereka yang mencari pasangan hidup.

Golongan yang berusia sekitar 30an dan ke atas tidak terkecuali daripada menggunakan platform ini, sama ada kerana belum bertemu pasangan sesuai, pernah berpisah, atau sebagainya. 

Di sebalik kemudahan ini, hakikatnya ia hadir dengan cabaran sebelum dapat bertemu pasangan yang sesuai, sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita ini.

Setiap lelaki mahupun wanita perlu menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan

Tidak mendedahkan identiti sebenar, wanita berkenaan berkongsi pengalamannya berkenalan dengan seorang lelaki yang dikategorikan sebagai miang.

"Baru-baru ni chat dengan lelaki bujang yang setahun lebih muda, baru berbual 30 minit auto jadi girlfriend dia.

"Sambung borak 10 minit lagi malam tu, terus cakap apabila jumpa first time nanti dia nak manja-manja, dan pegang-pegang. Terus saya cakap... maaf kita tak sesuai," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sangka suami sanggup mengaku duda! Konon ‘bercerai hidup’, goda janda anak satu dalam aplikasi cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Konon kad bank rosak, cubaan lelaki pinjam RM50 daripada awek di aplikasi cari jodoh gagal... Wanita belajar dari pengalaman silam

Bersama hantaran tersebut, wanita berkenaan berkongsi tangkap layar (screenshot) perbualan antara dia dengan jejaka berkenaan.

Berdasarkan perbualan itu, lelaki tersebut meluahkan perasaan kecewa dan marah terhadapnya selepas 'hasrat' untuk bermanja ditolak mentah-mentah.

"Sombong. Awak single sampai mati. Awak tiada life. Awak tiada matlamat hidup. Memang layak untuk single," demikian jawapan balas lelaki tersebut.

Jangan layan orang macam ni. Kita takkan mati kalau single.

NETIZEN

Tidak melatah, wanita berkenaan membalas kembali dengan berkata matlamat hidupnya bukan untuk dipergunakan lelaki yang tiada pendidikan agama, sebelum membuat tindakan menyekat (block) individu tersebut.

Berkongsi lebih lanjut, wanita tersebut mengakui ia bukan pengalaman pertamanya berkenalan dengan lelaki redflag di aplikasi cari jodoh.

"Umur 40 baru nak mencari jodoh memang sangat mencabar, lagi-lagi apabila guna aplikasi ni. 

"Jumpa yang nak pinjam duit walaupun baru je chat, baik yang belum pernah kahwin atau duda yang ada anak-anak," tulisnya.

Sebahagian daripada komen netizen.

Di ruangan komen, warga maya tampil memuji wanita berkenaan kerana tegas mempertahankan maruahnya dan dalam masa sama mendoakan urusan jodohnya dipermudahkan.

"Bagus... ramai je nak ambil kesempatan. Pandai-pandai jaga diri.

"Jadi matlamat hidup dia mengajak anak dara orang bersentuhan pada pertemuan pertama? Awak bertuah sebab dia tak sorok red flag dia.

"Tahniah sis. Jangan layan orang macam ni. Kita takkan mati kalau single. Tapi kita akan mati kalau salah pilih," demikian komen netizen.

Artikel Lain