Urutan tradisional boleh memberikan kelegaan kepada individu yang mengalami sakit otot. -Gambar hiasan AI
URUTAN sering menjadi pilihan ramai untuk melegakan badan yang lenguh dan mengurangkan ketegangan otot selepas penat bekerja.Biarpun ia dianggap sebagai kaedah tradisional, hakikatnya masih ramai yang memilih rawatan ini kerana dikatakan lebih mujarab dan melegakan berbanding bergantung kepada ubatan hospital semata-mata. Pun begitu, sebilangan masyarakat masih terikut-ikut dengan beberapa kepercayaan atau mitos salah berkaitan rawatan ini.Pakar terapis dan urutan wanita, ainathreapistjb merungkai lima mitos popular yang kerap dikaitkan dengan urutan badan.1. Lagi sakit, lagi bagus Ramai beranggapan tekanan kuat ketika diurut mampu memberikan kesan lebih baik.Hakikatnya, urutan tidak semestinya perlu menyakitkan untuk merasai keberkesanannya kerana tekanan berlebihan boleh menyebabkan lebam dan kecederaan pada tisu badan.2. Minum air banyak buang toksinMinum air secukupnya memang penting untuk memastikan badan kekal terhidrat, namun tiada bukti kukuh bahawa urutan berupaya mengeluarkan toksin sehingga seseorang perlu minum air secara berlebihan selepas rawatan.3. Bunyi 'pop' bermaksud urat semakin pulihBunyi klik atau pop ketika urutan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, termasuk perubahan tekanan dalam sendi.Bagaimanapun, bunyi tersebut bukan petanda bahawa urat yang tersasar sudah kembali ke tempat asal."Anatomi badan kita bukan getah yang boleh tercabut, lepas tu kita tolak masuk balik," ujarnya.4. Urutan boleh kuruskan badan Urutan mungkin membantu mengurangkan bengkak atau mengubah penampilan badan buat sementara waktu dalam keadaan tertentu.Namun, ia bukan kaedah yang terbukti berkesan untuk membakar lemak badan. Penurunan berat badan masih memerlukan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal yang sesuai.5. Badan mesti merah selepas diurutKesan kemerahan pada kulit boleh berlaku akibat geseran atau tekanan, manakala lebam mungkin menandakan kecederaan pada salur darah kecil.Walaupun terdapat teknik tradisional yang menghasilkan kesan sedemikian, ia tidak bermakna setiap urutan perlu meninggalkan kesan untuk dianggap berkesan.