MEMULAKAN kerjaya pada usia remaja, penyanyi Farel Prayoga memberitahu kesibukan memenuhi undangan nyanyian tidak pernah mengganggu jadual persekolahan.Malah menurut Farel, 16, dia tersenarai antara pelajar yang mendapat pengecualian berdasarkan kokurikulum pendidikan Indonesia yang memberi galakan kepada mana-mana individu berbakat dalam pelbagai bidang. "Jadual sekolah masih berjalan seperti biasa. Tidak pernah ada masalah, saya diberi pelepasan jika ada tawaran persembahan di tempat lain. Itu salah satu kokurikulum yang ditetapkan untuk pelajar berbakat.Farel bijak membahagikan masa antara kerjaya dan akademik. "Di sekolah juga saya sama seperti pelajar yang lain. Biarpun dikenali tetapi saya rasa biasa sahaja. Cuma rasa senang apabila ditegur," ujarnya.Melalui fasa usia belasan tahun, Farel juga tidak mahu terlepas menikmati kehidupan seperti rakan-rakan sebaya.Justeru dia membahagikan masa sebaik mungkin antara waktu belajar, jadual persembahan selain waktu santai bersama rakan-rakan.ARTIKEL BERKAITAN: Tanah dan aset RM91,000 dijual tanpa izin, Farel Prayoga tuntut keluarga pulangkan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farel Prayoga diuji kemelut keluarga, ‘putus‘ hubungan akibat isu tanah - “Tiada komunikasi“"Kerjaya harus berjalan terus. Perlu sentiasa konsisten berkarya. Kehidupan harian saya juga sama sahaja. Masih ada waktu untuk bersama rakan-rakan," kongsinya.Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya, Farel tampil dengan lagu terbaharu berjudul Gadis Melayu yang juga merupakan kerjasama ketiga bersama syarikat pengurusan dari Malaysia, Indigital Music.Meskipun dikenali sebagai penyanyi dangdut di Indonesia, namun bagi Farel percubaan menyanyikan lagu genre irama tradisional adalah satu cabaran untuk keluar dari zon selesa.Farel cabar diri menyanyikan lagu tradisional. "Ini satu pengalaman baru supaya kerjaya saya tidak hanya pada satu tahap sahaja."Peminat di Indonesia juga sangat memahami dan mereka tahu saya mahu keluar dari zon selesa," jelasnya.