PENYANYI Farel Prayoga meluahkan rasa kecewa apabila aset miliknya bernilai kira-kira RM91,000 (Rp400 juta) didakwa dijual oleh ahli keluarga tanpa pengetahuannya.Lebih mengejutkan, Farel, 16, mendakwa dia langsung tidak mengetahui mengenai penjualan tanah yang turut menempatkan sebuah bangunan dan kolam renang berkenaan. Menurut Farel, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh pengurus yang juga bapa angkatnya iaitu Rais.Farel dan pengurus mencari kembali tanah yang sudah dijual keluarganya."Pada mulanya saya tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Namun, selepas melakukan siasatan, bapa angkat saya berjaya mendapatkan maklumat mengenai pembeli," katanya memetik laporan Detik Hot.Susulan itu, Farel yang ditemani Rais segera menghubungi pembeli berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai urusan jual beli aset tersebut.Malah bagi mendapatkan semula haknya, Farel turut menerima bantuan guaman dan kini sedang menunggu perkembangan proses berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ragu, kini lebih tenang... Farel Prayoga kongsi kisah bergelar mualafARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga sudah mula kerja sejak usia 8 tahun, jawab dakwaan dipaksa keluarga cari nafkahBagaimanapun, dia mengakui masih belum dapat memastikan sama ada aset itu akan kembali menjadi miliknya atau sebaliknya."Kami sudah mendapatkan bantuan guaman dan proses itu sedang berjalan."Saya masih belum memahami sepenuhnya apa yang berlaku kerana semuanya masih dalam proses. Jadi, keputusannya mungkin hanya diketahui selepas proses ini selesai," ujarnya.Farel serahkan kepada pihak berkuasa.Dalam pada itu, Farel berharap aset berkenaan dapat dikembalikan kerana ia merupakan hasil titik peluhnya sejak kecil."Ya, sudah tentu saya mahukannya kembali kerana itu hasil titik peluh Farel. Hasil usaha Farel sejak kecil, termasuk perjalanan dari satu bandar ke bandar lain."Sudah tentu aset itu diperlukan untuk masa depannya," kongsinya.