PELAKON Imran Khan diperintah untuk meninggalkan negara India sebelum 28 Oktober susulan penglibatannya dalam sebuah perhimpunan protes terhadap Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya negara berkenaan yang berlangsung pada 10 Oktober di Mumbai.Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Warga Asing Wilayah (Foreigners Regional Registration Office - FRRO) selepas mendapati Imran, 43, merupakan pemegang pasport Amerika Syarikat dan hanya memiliki kad Kerakyatan Luar Negara India (Overseas Citizen of India - OCI). "FRRO sudah mengambil tindakan dan notis telah diserahkan kepada pelakon Imran Khan yang berada di India menggunakan kad OCI.Imran dirakam terlibat dalam sebuah perhimpunan menentang kerajaan. "Pelakon yang juga anak saudara kepada bintang Bollywood, Aamir Khan itu menetap di Khar dan telah menerima notis berkenaan," kata seorang pegawai polis Mumbai.Sebelum ini seorang pemimpin parti politik tampil membuat aduan terhadap Imran yang didakwa terlibat dengan perhimpunan politik menentang kerajaan.Pihak berkenaan menggesa polis Mumbai mengesahkan status kewarganegaraan Imran dan mempersoalkan sama ada warga asing sepatutnya dibenarkan menyertai perhimpunan politik.ARTIKEL BERKAITAN: Amitabh Bachchan ‘tolak‘ salam peminat, netizen buat perbandingan sikap mesra Salman Khan ARTIKEL BERKAITAN: Janhvi Kapoor mengamuk video AI tak senonoh tersebar, kecam tindakan tidak bermaruahSiasatan pihak berkuasa mendapati Imran dilahirkan dan mendapat pendidikan di Amerika Syarikat namun membina kerjaya seni di India.Sementara itu dalam satu video yang dikongsi Imran menegaskan penglibatannya dalam perhimpunan berkenaan tidak bertujuan meminta sebarang tuntutan terhadap kerajaan."Saya berada di sini sebagai seorang rakyat, sebagai individu yang tinggal di bandar ini."Saya mahu melihat mengapa kebebasan bergerak disekat dan mengapa suara rakyat ditindas. Itulah sebabnya saya berada di sini," jelasnya.