GARA-GARA meninggalkan komen kasar, penyanyi Ren digantung daripada menggunakan platform media sosial yang menjadi medium dia berhubung dengan peminat.Tindakan tersebut dibuat oleh syarikat pengurusannya sendiri iaitu Howling Entertainment yang mahu Ren lebih bersedia dan berhemah ketika menyapa peminat. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak berkenaan juga memberitahu Ren masih meneruskan aktiviti persembahan bersama anggota kumpulan Chaser yang lain.Komen yang ditinggalkan Ren menimbulkan rasa kurang senang peminat. "Kami ingin memaklumkan bahawa penggunaan media sosial Ren akan digantung buat sementara waktu."Ini tidak bermakna artis berkenaan akan menghentikan semua aktivitinya. Sebaliknya, Ren akan mengambil sedikit masa untuk memberi tumpuan kepada persiapan bagi menampilkan sisi dirinya yang lebih baik kepada anda semua," jelas kenyataan tersebut.Pihak berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan tempoh penggantungan tersebut secara terperinci.ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin senyap-senyap, Kim Joon Sik berjaga-jaga takut umum majlis awal ARTIKEL BERKAITAN: Mesej perbualan Kim Soo Hyun, Kim Sae Ron didakwa palsu... Polis buru selebriti AIsu mula timbul apabila Ren membalas komen dengan ayat 'so what?' apabila peminat meluahkan rasa teruja menantikan kemunculan mereka dalam persembahan pentas.Lebih teruk lagi, Ren turut menganggap pertanyaan tersebut sangat menjengkelkan.Howling Entertainment sebelum ini juga telah tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan memantau sikap artis di bawah naungan mereka.