KONTROVERSI membabitkan pelakon Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron kembali menjadi perhatian selepas polis mendedahkan kemungkinan individu lain menjadi dalang di sebalik mesej menerusi aplikasi KakaoTalk yang dikaitkan dengan mereka.Menurut laporan media Korea Selatan, Dispatch, mesej berkenaan dipercayai bukan perbualan antara kedua-dua selebriti itu seperti yang didakwa sebelum ini. Malah, pihak polis dilaporkan sedang mengenal pasti seorang selebriti yang dikenali sebagai A, yang dipercayai individu sebenar di sebalik perbualan mesej berkenaan.Hasil analisis yang dilakukan oleh pihak berkuasa.Polis juga dikatakan menemui sebahagian perbualan yang menunjukkan individu terbabit mendedahkan namanya sendiri, sekali gus menguatkan kemungkinan mesej itu tidak melibatkan Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron.Hasil analisis polis turut mendapati terdapat perbezaan ketara dalam gaya penulisan mesej berkenaan, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap dakwaan yang mengaitkannya dengan kedua-dua selebriti itu.Antara perkara yang diteliti ialah penggunaan ejaan tertentu dalam bahasa Korea yang didapati berbeza daripada kebiasaan Kim Soo Hyun ketika berkomunikasi menerusi aplikasi berkenaan.Sebelum ini, mesej tersebut didedahkan oleh ketua Institut Penyelidikan Garo Sero, Kim Se Ui, bersama keluarga mendiang Kim Sae Ron pada tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Reputasi sebagai selebriti tercalar, Kim Soo Hyun ambil tindakan terhadap pemfitnahARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanakPendedahan itu mencetuskan kontroversi apabila perbualan berkenaan didakwa menjadi bukti hubungan antara Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron.Bagaimanapun Kim Soo Hyun menafikan kesahihan mesej tersebut dan mendakwa perbualan berkenaan telah dipalsukan.Namun, penafian itu dilaporkan tidak mendapat perhatian sewajarnya ketika kontroversi berkenaan hangat diperkatakan.