suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu makin teruk, Cakra Khan tegur pemimpin dan golongan kaya tamak

Cakra antara selebriti yang berani bersuara.

LANTANG bersuara membahaskan isu semasa, penyanyi Cakra Khan berani mempersoalkan kredibiliti barisan pemimpin di negaranya susulan isu jerebu dan kebakaran hutan yang terus menjadi bualan ramai.

Bagi Cakra, 34, masalah yang berlaku nyata memberi kesan buruk kepada masyarakat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan.

Malah, dia secara sinis turut menyelar pemimpin yang dianggap tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Luahan Cakra di Threads. 

"Ketika ekosistem alam sekitar sudah terlalu hancur, yang akan paling merasakan adalah kita masyarakat biasa.

"Bagi golongan kaya yang tamak dan pemimpin yang korup, mereka mampu mencari jalan melepaskan diri daripada kemusnahan alam sekitar. Kita tidak," katanya.

Cakra menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak takut ugutan, Cakra Khan tetap lantang bersuara isu pembakaran hutan... Mohon maaf kepada rakyat Malaysia 

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh cinta dengan masakan mamak, Cakra Khan borong berkotak-kotak mi segera bawa pulang Indonesia

Dia dalam masa sama menyeru semua pihak supaya memberi perhatian penuh terhadap isu yang melanda negara Indonesia.

"Bangkitlah, bersuara dan lindungilah planet kita, hidupan liar serta kehidupan kita sendiri sebelum semuanya terlambat," ujarnya.

Dalam beberapa hantaran berbeza, Cakra turut meluahkan rasa kesal dengan meletakkan simbol patah hati pada beberapa perkongsian tentang kebakaran hutan di negara berkenaan.

Cakra gesa pemimpin ambil tindakan. 

Menerusi satu perkongsian sebelum ini, dia turut menyeru kerajaan negaranya untuk mengambil langkah wajar selepas kebakaran hutan di Indonesia memberi kesan jerebu terhadap negara jiran termasuk Malaysia.

"Kerajaan, lihatlah ini semua, rakyatmu ini. Asapnya sudah sampai mengganggu saudara-saudara di negara jiran. Kasihan mereka mendapat kesan semua ini.

"Berhati-hati semua yang terkena musibah yang dibuta oleh orang bodoh dan tidak bertanggungjawab," luahnya.

 

 

Artikel Lain