suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak takut ugutan, Cakra Khan tetap lantang bersuara isu pembakaran hutan... Mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Cakra berani membahaskan isu semasa.

LANTANG bersuara membabitkan isu semasa, penyanyi Cakra Khan memberitahu dia tidak takut berdepan tindakan digam oleh mana-mana pihak.

Cakra, 42, menjelaskan perkongsiannya di media sosial adalah demi mempertahankan hak manusia termasuk isu kebakaran hutan yang kini menjadi bualan di Indonesia.

"Ugutan terhadap saya, nak membatalkan saya hanya kerana bersuara dengan sikap tamak manusia yang memusnahkan hutan... teruskan!" tegasnya dalam satu hantaran di Threads.

Perkongsian Cakra di Threads. 

Bagi penyanyi ini, apa sahaja bentuk tindakan yang disebut itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus bersuara.

Malah, Cakra sendiri aktif berkongsi hantaran berkaitan kebakaran hutan selain meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang berlaku.

"Sekurang-kurangnya saya tidak akan kehilangan minat dan semangat saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh cinta dengan masakan mamak, Cakra Khan borong berkotak-kotak mi segera bawa pulang Indonesia 

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan umum rehat daripada konsert solo

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Cakra sempat menyampaikan ucapan buat rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Ucapan tersebut turut mencuri tumpuan ramai apabila dia memohon maaf susulan jerebu yang sedang berlaku.

"Selamat hari jadi untuk negara Malaysia dan rakan-rakan di sana.

"Terima kasih atas kasih sayang anda semua. Maaf atas jerebu, semoga semua boleh diatasi segera," ucapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain