suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh dakwaan suami curang, Siti Badriah pesan semak fakta sebelum buat spekulasi

Sibad menepis dakwaan rumah tangga bermasalah.

PENYANYI dangdut Siti Badriah meluahkan rasa bengang apabila timbul khabar mengenai rumah tangganya bersama suami, Krisjiana Baharuddin, yang dikatakan kini sedang berdepan masalah.

Menafikan segala dakwaan tersebut, Badriah atau mesra disapa Sibad, 35, meminta orang ramai supaya meneliti setiap khabar angin yang bertebaran sebelum membuat sebarang spekulasi.

"Berita saya mati pun sudah, ramai yang percaya. Sekarang berita curang berkali-kali. Rumah tangga saya baik-baik saja, kami sedang berbulan madu.

Keluarga bahagia Sibad. 

"Anda kena tapis betul-betul mana yang benar atau salah. Kecuali kalau anda sudah mendapat faktanya atau bukti dengan mata sendiri," katanya.

Sibad mengulas perkara tersebut selepas tular beberapa perkongsian di media sosial yang membuat suntingan kononnya Krisjiana berlaku curang.

Menurut Krisjiana, berita palsu yang tersebar memberi kesan sehingga ramai ahli keluarga yang menghubungi mereka untuk mendapatkan kepastian.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah tak halang suami kahwin lain, terbuka hidup berpoligami 

ARTIKEL BERKAITAN: Niat asal nak buat rawatan muka, Siti Badriah tukar ‘plan’ jalani pembedahan tegangkan payudara

"Saya ada keluarga dan mereka hubungi bertanya adakah berita itu benar.

"Tak mungkin saya berlaku curang terhadap wanita ini (Sibad). Saya sudah ada dua anak yang cantik, tak mungkin curang," tegasnya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2019 dan kini memiliki dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain