suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak ipar Justin Bieber terlepas hukuman penjara, kes baling tampon digugurkan

Alaia (kiri) selamat daripada dijatuhi hukuman penjara.

NASIB kakak ipar kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Alaia Baldwin Aronow, akhirnya terjawab susulan kes mencampakkan tampon terpakai ke arah seorang pekerja bar kira-kira dua tahun lalu.

Menurut laporan Page Six, Aronow, kakak kepada isteri Bieber iaitu model dan usahawan Hailey Bieber, tidak akan berdepan hukuman penjara selepas kes berkenaan digugurkan.

Berdasarkan rekod mahkamah yang difailkan di Chatham County pada Jumaat lalu, Aronow ditempatkan dalam program pengalihan pra-perbicaraan (pre-trial diversion) sebagai alternatif kepada proses perbicaraan.

Keluarga Hailey sebelum ini turut mendapat perhatian media.

Selepas berjaya menamatkan program tersebut dan membayar yuran penyertaan sebanyak AS$300 (RM1,260), pihak pendakwaan Georgia memohon kepada mahkamah supaya kes berkenaan digugurkan secara rasmi.

Dokumen mahkamah turut menyatakan kes itu ditutup tanpa pendakwaan lanjut, manakala sebarang waran berkaitan turut dibatalkan.

Pada Mac 2024, Aronow ditahan polis selepas didakwa melakukan kekerasan di sebuah kelab malam di Savannah, Georgia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Hailey Bieber lempar pad ke arah pengawal keselamatan, berang dihalang guna tandas pekerja

ARTIKEL BERKAITAN: “Harap kita semua berhenti bergaduh” - Netizen syak Selena Gomez balas sindiran Hailey Bieber

Aronow didakwa membaling tampon atau tuala wanita ke arah pengawal keselamatan (bouncer) dan pekerja bar selepas tidak dibenarkan menggunakan tandas pekerja.

Menurut laporan polis Savannah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Aronow cuba menggunakan tandas pekerja sebelum kakitangan bar memintanya menggunakan tandas awam.

Insiden itu kemudiannya membawa kepada pertengkaran sebelum Aronow didakwa bertindak agresif terhadap beberapa pekerja di premis berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain