suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan makin serius, Kendall Jenner anggap Jacob Elordi calon suami

Kendall Jenner dikatakan mahu berkahwin dengan Jacob Elordi.

PERSONALITI media sosial dan model, Kendall Jenner dilaporkan mula melihat pelakon Jacob Elordi sebagai calon suami selepas hubungan mereka semakin serius.

Menurut sumber kepada Page Six, Jenner yang pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki sebelum ini buat pertama kali terfikir untuk berkahwin dengan seseorang yang sedang bersamanya.

“Kendall benar-benar melihat Jacob sebagai calon suami,” kata sumber tersebut.

Kendall suka dengan keperibadian Jacob. 

Malah, Jenner dikatakan tertarik dengan sifat Elordi yang matang dan stabil selain merasakan aktor itu mampu memahami serta menerima dirinya seadanya.

“Dia merasakan sudah bertemu seseorang yang benar-benar sepadan dengannya serta mampu memahami dan menerima dirinya seadanya,” jelas sumber.

Hubungan mereka turut mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan Jenner yang dikatakan gembira melihat pasangan itu bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah bercinta! Hawaii eratkan hubungan Kendall Jenner, Jacob Elordi

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto seksi di Instagram, peminat kesal Kendall Jenner tak prihatian nasib mangsa gempa bumi

Jenner, 31, dan Elordi, 29, mula mencetuskan spekulasi percintaan pada April lalu selepas mereka dilihat bermesra di sebuah parti selepas persembahan Justin Bieber di Festival Coachella.

Terbaharu, foto Jenner dan Elordi berjalan sambil berpegangan tangan tersebar di media sosial sekali gus menguatkan dakwaan bahawa mereka kini menjalin hubungan serius.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain