suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Jepun tahan pelakon wanita, didakwa tuang minyak ke atas artifak berusia 1,000 tahun

Yi Chen didakwa mengakibatkan kerosakan terhadap sebuah artifak di Jepun.

PERANCANGAN untuk bercuti di Jepun bertukar tragedi buat pelakon asal Taiwan, Tsai Yi Chen apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai pada 22 Ogos.

Penahanan itu dibuat atas dakwaan Yi Chen melakukan kesalahan menuang cecair jenis gliserin ke atas sebuah artifak berusia lebih 1,000 tahun yang terletak di Kuil Yakushiji, Nara, Jepun.

Kesalahan tersebut dikatakan dilakukan ketika pelakon berusia 39 tahun itu melawat lokasi berkenaan pada April lalu dan Yi Chen didakwa melanggar Akta Perlindungan Harta Kebudayaan Jepun.

Kes melibatkan Yi Chen kini masih dalam siasatan. 

Pihak berkuasa Jepun telah menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan menerusi pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mengenal pasti seorang wanita warga Taiwan sebagai suspek.

Mengakui perbuatan tersebut, Yi Chen bagaimanapun memberitahu tindakannya itu adalah satu bentuk doa ketika dia melawat tempat suci bagi penganut agama Buddha.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun menang saman, tuntutan RM1.6 juta ditolak mahkamah 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Taiwan, wanita India ’bercinta’...masing-masing masih berahsia status hubungan

Selepas penahanan itu, nama Yi Chen turut menjadi sebutan apabila dia didakwa meninggalkan lampin bayi di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan menuju ke Kansai.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, seorang penumpang mendakwa dia melihat pelakon tersebut menukar lampin anaknya namun tidak membuang lampin kotor itu di tempat yang sepatutnya.

Sebaliknya, dia hanya meninggalkan lampin kotor itu di dalam poket tempat duduk sebelum meninggalkan pesawat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain