suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BTS jana RM1.82 bilion menerusi 38 konsert, 2.3 juta tiket terjual

BTS meraih pendapatan hampir RM2 bilion menerusi kejayaan 38 buah konsert.

KUMPULAN BTS membuktikan pengaruh mereka masih kuat apabila berjaya menjana pendapatan sebanyak AS$433.2 juta (RM1.82 bilion) menerusi 38 persembahan.

Menurut laporan Boxscore yang diterbitkan Billboard pada 28 Ogos, jelajah BTS WORLD TOUR 'ARIRANG' menduduki tempat kedua carta 'Top Tours' terbaharu selepas mencatat pendapatan AS$102.5 juta (RM430 juta) sepanjang Julai lalu.

Konsert jelajah dunia BTS menarik lebih 23 juta penonton.

Jumlah itu menyaksikan BTS berada di belakang penyanyi R&B antarabangsa, The Weeknd yang menjana AS$124.4 juta (RM522 juta) menerusi jelajahnya dalam tempoh sama.

Lebih membanggakan, BTS menjadi artis ketiga dalam sejarah yang berjaya meraih lebih AS$100 juta (RM419 juta) dalam pendapatan jelajah bagi beberapa bulan, selepas Beyoncé dan Bad Bunny.

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin BTS henti konsert ekoran peminat hampir rebah

ARTIKEL BERKAITAN: V BTS kurang rehat, cuma tidur 2 jam ketika jelajah konsert

Prestasi kumpulan yang dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook itu turut terserlah apabila kesemua konsert mereka sepanjang Julai tersenarai dalam kelompok 10 terbaik carta 'Top Boxscores' Billboard.

Di Paris sahaja, BTS berjaya menarik kira-kira 185,000 peminat dan mencatat jualan tiket sebanyak AS$30.6 juta (RM128 juta).

Berdasarkan analisis Billboard, BTS telah menjual kira-kira 2.3 juta tiket menerusi 38 persembahan setakat 11 Ogos lalu dengan jumlah pendapatan terkumpul AS$433.2 juta (RM1.82 bilion).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain