suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Coppen berang alamat rumah tersebar, dakwa ‘dibocorkan’ penghantar makanan

Jennifer akan menggunakan nama samaran selepas kejadian ini.

PELAKON dan penyanyi Jennifer Coppen berang apabila alamat kediamannya tersebar dan mendakwa ia didedahkan oleh penghantar makanan di media sosial.

Jennifer, 25, menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang serius kerana boleh mengancam keselamatan dirinya serta anak, Kamari Sky Wassink.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Jennifer mengakui terkejut selepas melihat hantaran seorang individu yang dipercayai merupakan penghantaran makanan.

Luahan hati Jennifer tentang penyebaran alamat kediamannya.

Individu terbabit dipercayai mendapatkan maklumat tersebut selepas menerima pesanan makanan daripada Jennifer.

Lebih membimbangkan, individu berkenaan bukan sahaja mendedahkan alamat rumahnya, malah turut menyatakan hasrat untuk bertemu Jennifer dan anaknya.

“Kenapa ada orang yang rasa tidak mengapa untuk menyebarkan alamat rumah seseorang?

“Tidak kira sama ada seseorang itu orang awam atau selebriti, alamat peribadi tidak sepatutnya didedahkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun suami meninggal, Jennifer Coppen kembali bertemu jodoh... Pemain bola kebangsaan jadi pilihan

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen nafi dakwaan ‘bergilir-gilir’ dengan lelaki ketika muda, bersumpah atas al-Quran pertahan maruah diri

Bagaimanapun, Jennifer bersyukur kerana alamat yang didedahkan itu bukan lagi kediamannya sekarang.

Namun, dia tetap menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang berbahaya kerana tidak mengetahui niat sebenar individu yang memiliki maklumat peribadinya.

“Nasib baik saya sudah tidak tinggal di alamat tersebut. Tetapi perkara ini sangat berbahaya untuk keselamatan saya dan anak.

“Kita tidak pernah tahu bagaimana perangai seseorang,” ujarnya.

Jennifer bimbang keselamatan anak perempuanya.

Dalam pada itu, Jennifer berkata dia sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan nama samaran ketika membuat pesanan menerusi aplikasi penghantaran makanan.

Bagaimanapun, terdapat keadaan tertentu yang memerlukan dia menggunakan nama sebenar, terutama apabila pesanan perlu ditinggalkan di lobi kediamannya.

Jennifer berharap orang ramai lebih menghormati privasi orang lain dan tidak menyebarkan maklumat peribadi sesuka hati, walaupun individu terbabit bukan seorang selebriti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain