PENYANYI Inul Daratista mengakui pernah dimasukkan ke hospital selama empat hari selepas menjalani prosedur sedut lemak secara diam-diam tanpa pengetahuan suaminya, Adam Suseno.Menurut Inul, 47, dia sudah berusaha mendapatkan bentuk badan ideal dengan mengamalkan yoga selama 20 tahun, selain rutin senaman di gimnasium. Namun, penyanyi dangdut itu mengakui masih berasa ada kekurangan pada fizikalnya, terutama pada bahagian lengan.Adam (kanan) pada mulanya tidak mengizinkan Inul melakukan prosedur sedut lemak.“Perut sudah six-pack, cuma kadang-kadang lengan agak besar. Manusia ini sentiasa ada yang kurang.“Mungkin saya kurang bersyukur,” katanya menerusi C8 Podcast.Dalam pada itu, Inul berkata dia pernah meminta kebenaran suaminya untuk menjalani prosedur sedut lemak, namun hasrat berkenaan tidak mendapat persetujuan Adam.ARTIKEL BERKAITAN: Nama masuk senarai artis paling kaya, Inul Daratista beri amaran buat laporan polisARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista setia teman di hospital, seloroh suami kena penyakit ain gara-gara misai tebal“Saya cakap kepada suami, boleh tak saya buat sedut lemak? "Dia jawab... Nak buat untuk siapa?” ujarnya.Bagaimanapun, Inul tetap meneruskan niatnya secara rahsia selepas menghubungi seorang jururawat yang menawarkan produk suntikan.Malangnya, selepas menjalani rawatan berkenaan, Inul mula menggigil sebelum keadaannya bertambah buruk pada waktu malam apabila mengalami sawan.“Akhirnya saya masuk hospital dan dirawat selama empat hari,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube