PELAKON Tim Curry meninggal dunia di kediamannya di Toluca Lake, Los Angeles.Berita pemergian pelakon berusia 80 tahun itu disahkan oleh pengurus merangkap sahabatnya, Marcia Hurwitz, kepada media. “Beliau dikenali menerusi watak-watak flamboyan yang tiada tandingan serta persembahan pentas yang penuh warna-warni.Tim menghidap strok sejak 2012.“Namun, warisan terbesar beliau kepada mereka yang mengenalinya adalah minda yang sentiasa ingin tahu dan luas, selain hati yang pemurah serta lembut sehingga ke hembusan nafas terakhir,” katanya.Sementara itu, pihak polis memaklumkan tiada unsur jenayah disyaki dalam kematian berkenaan.Bagaimanapun, punca kematian Tim tidak didedahkan kepada umum."Jabatan Bomba Los Angeles menerima panggilan pada awal pagi atas kecemasan perubatan dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: Dolly Parton meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Pelakon meninggal dunia lepas sedut lemak, keluarga mahu teruskan tindakan samanUntuk rekod, Tim yang terkenal menerusi watak Dr Frank N Furter dalam filem The Rocky Horror Picture Show pernah diserang strok pada 2012 dan berdepan pelbagai masalah kesihatan selepas itu.Tim mula mencipta nama dalam industri hiburan menerusi watak Dr Frank N Furter dalam filem muzikal kultus The Rocky Horror Picture Show pada 1975.Penampilannya yang mengenakan korset dan stoking, selain karisma luar biasa, menjadikan watak tersebut antara figura paling ikonik dalam sejarah budaya pop.Kerjaya Tim terus mendapat perhatian menerusi watak Lord of Darkness dalam filem fantasi Legend (1985).Tim semasa membawa watak badut Pennywise.Dia juga dikenang menerusi watak badut Pennywise dalam adaptasi televisyen novel seram karya Stephen King, It pada 1990.Beliau pernah memenangi Daytime Emmy Award pada 1991 menerusi watak Captain Hook dalam siri animasi Peter Pan and the Pirates.Pada 2015, beliau menerima Actors Fund of America Artistic Achievement Award sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang seni persembahan.Mendiang tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak sepanjang hayatnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube