suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat kali ditahan kes dadah, pelakon mengaku ambil bahan terlarang demi jaga badan

Kes melibatkan Revaldo kini masih dalam proses siasatan.

PELAKON Revaldo Fifaldi sekali lagi ditahan pihak berkuasa atas kesalahan memiliki dan penyalahgunaan dadah.

Revaldo, 44, ditahan pada Isnin selepas serbuan dilakukan di sebuah pangsapuri yang terletak di daerah Jakarta Selatan.

Mengakui kesalahan mengambil bahan terlarang, hasil siasatan polis juga mendedahkan pelakon itu menggunakan dadah dengan alasan untuk menjaga bentuk badan.

Revaldo mengaku mengambil bahan terlarang. 

Malah, Revaldo juga berdepan masalah tekanan sehingga mendorongnya terlibat dengan jenayah tersebut.

"Alasannya adalah kerana mahu badan kekal fit dan mendapatkan tenaga yang kuat. Dia juga mengambilnya kerana terlalu banyak berfikir," jelas Ketua Polis Jakarta Barat kepada media di sana.

Menurut laporan, Revaldo dikatakan berada di bawah pengaruh dadah ketika serbuan dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lepas tangan urus anak, didakwa hanya beri nafkah RM200... “Itu pun hanya sekali“ 

ARTIKEL BERKAITAN: Nama El Rumi tiba-tiba panas, didakwa lakukan gangguan seksual

Pihak polis turut merampas bahan bukti berupa dadah jenis syabu selain ubat jenis Xanax yang dipercayai digunakan untuk mengawal masalah tekanan.

"Ketika ditahan, dia banyak termenung tetapi masih boleh berkomunikasi. Dia memberitahu dari mana mendapatkan dadah dan berapa jumlah yang diberikan," kata pihak polis.

Revaldo pertama kali ditangkap kerana kes dadah pada 2006 dengan barang bukti syabu dan dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Pada 2010, dia sekali lagi ditangkap kerana memiliki 62 gram syabu sebelum ditahan buat kali ketiga pada 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain