KEMELUT melibatkan pelakon Anrez Adelio dengan seorang wanita bernama Friceilda Prillea tercetus apabila aktor berkenaan didakwa gagal menjalankan tanggungjawab terhadap anak hasil hubungan mereka.Friceilda Prillea atau mesra disapa Icel mendakwa Anrez gagal menepati janjinya sebelum ini yang mahu isu antara mereka diselesaikan secara baik. "Sampai sekarang belum dibuktikan. Dia hanya memberi wang berjumlah Rp900,000 (sekitar RM205). Itu pun hanya sekali," katanya ketika bertemu media.Icel dalam masa sama memberitahu dia hanya menuntut Anrez untuk bertanggungjawab dalam hal menjaga anak mereka.Icel (kanan) tuntut Anrez bertanggungjawab. Dia dalam masa sama menegaskan permintaan tersebut bukan hanya melibatkan wang."Saya tidak pernah minta wang, saya tidak memberi tekanan kepadanya."Saya hanya minta dia bertanggungjawab, datanglah jenguk anaknya. Dia yang beritahu mahu co-parenting. Bila berlaku begini, saya jadi ragu untuk membesarkan anak bersama," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Anrez Adelio berdepan hukuman penjara 12 tahun, didakwa melakukan kekerasan seksual ARTIKEL BERKAITAN: Anrez Adelio kesal kisah aib jadi bualan, terkejut dituduh ‘lepas tangan’Nama Anrez sebelum ini menjadi sebutan ramai selepas dia didakwa melakukan kekerasan seksual terhadap Icel sehingga menyebabkan wanita itu hamil.Pelakon itu dalam satu kenyataan sebelum ini meluahkan rasa kesal terhadap Icel kerana mendedahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum dan dia turut berjanji akan memberi kerjasama yang baik.Kes melibatkan mereka masih lagi dalam proses siasatan selepas Icel tampil membuat laporan pada Januari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube