SELEPAS kecoh namanya menjadi bualan, pelakon Anrez Adelio tampil bersuara menjawab dia tidak bertanggungjawab selepas menjalinkan hubungan dengan seorang wanita bernama Friceilda Prillea. Mengakui kesilapan sehingga menyebabkan wanita itu hamil, Anrez, 28, bagaimanapun meluahkan rasa marah apabila kisah tersebut didedahkan kepada umum. Baginya cerita sebegitu boleh memberi contoh tidak elok terutama kepada golongan anak muda. Anrez sedar kesilapan yang dilakukan."Saya tahu perbuatan itu salah, tapi ia tidak perlu jadi pengetahuan umum kerana aib. "Masalah peribadi yang memalukan perlu diselesaikan secara matang antra keluarga. Apabila dihebahkan ia turut sampai ke pengetahuan golongan bawah umur," katanya. Anrez dalam masa sama menafikan dakwaan Friceilda atau mesra disapa Icel yang menuduh dia menghilangkan diri dan lepas tangan terhadap anak dalam kandungan itu.Pelakon ini menegaskan sudah ada perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Anrez Adelio berdepan hukuman penjara 12 tahun, didakwa melakukan kekerasan seksualARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa hamil hasil hubungan bersama pelakon, dipaksa makan ubat gugurkan kandungan"Saya cuba memberikan yang terbaik. Jadi saya terkejut apabila dituduh tidak bertanggungjawab. "Tidak mengapalah, semua orang ada hak bersuara," luahnya. Sebelum ini, nama Anrez menjadi sebutan selepas Icel membuat pengakuan mengejutkan apabila sedang hamil anak aktor berkenaan dan dijangka bersalin dalam masa terdekat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube