BELUM setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ailee mendedahkan dia kini sedang menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai usaha mendapatkan cahaya mata.Berkongsi pengalaman sendiri, Ailee, 37, memberitahu prosedur membersihkan tiub fallopio yang dilaluinya amat menyakitkan. “Saya melihat ramai ibu mengandung sedang berehat di katil hospital. Mereka hanya baring di situ. Ada yang menahan kesakitan yang teramat, sementara yang lain belum pun diberikan bius dan baring dengan tenang.Ailee (kanan) dan Si Hoon berkahwin pada April tahun lalu.“Saya perlu membersihkan tiub fallopio dan ia sangat menyakitkan. Namun sebelum ia bermula, saya sudah takut dengan apa yang pihak hospital beritahu.“Kata mereka, kalau sakit jangan tahan dan beritahu sahaja. Ada orang pengsan kerana menahan sakit. Ia sangat menakutkan,” ceritanya.Penyanyi itu bagaimanapun memberitahu ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: Ailee sah bergelar isteri ahli perniagaan, suami janji beri layanan baik termasuk buat semua kerja rumahARTIKEL BERKAITAN: Setahun tinggal bersama, Ailee kenal hati budi suami sebelum kahwinBagi Ailee, prosedur ini membuktikan dia kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.“Ini hanyalah langkah pertama untuk menjadi ibu bapa. Ia mengujakan, tetapi juga berat. Saya takut ia menyakitkan,” ujarnya.Untuk rekod, Ailee dan Choi Si Hoon berkahwin pada April 2025 dalam sebuah majlis tertutup di daerah Gangnam, Korea Selatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube