PENYANYI Ailee secara terbuka mendedahkan dia dan suaminya tinggal sebumbung selama setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Kata Ailee, dia juga mendapat nasihat daripada ahli keluarga terdekat untuk mengenali hati budi secara dekat sebelum mengambil keputusan serius berkahwin.
Menurutnya sepanjang tempoh setahun itu, mereka lebih memahami antara satu sama lain sebagai pasangan.

Ailee dan suami berkahwin pada April lalu.
"Nenek dan ibu saudara saya sarankan tinggal sebumbung untuk tempoh setahun sebelum berkahwin dan kami ikutkan sahaja.
"Kami boleh hidup bersama, jadi sebab itu buat keputusan berkahwin.
"Jika hubungan itu tidak berjaya, kami akan berpisah dan batalkan tempahan perkahwinan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ailee sah bergelar isteri ahli perniagaan, suami janji beri layanan baik termasuk buat semua kerja rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh bela biawak hidup, Ailee mohon maaf kepada bakal suami
Biarpun merasakan keserasian bersama, Ailee akui bimbang jika kehidupan berumah tangga akan berubah sebaik mendirikan rumah tangga.
"Kami dapat berasa nikmat perkahwinan selepas majlis berlangsung. Kehidupan ketika bercinta dan selepas berkahwin sangat berbeza," ujarnya.
Untuk rekod Ailee melangsungkan perkahwinan dengan ahli pernigaan bernama Choi Si Hoon pada April lalu dalam sebuah majlis tertutup di daerah Gangnam, Korea Selatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


