suria

Takut kena ‘scam’, Najwa Shihab abai undangan resepsi Luna Maya

Najwa (kiri) tidak memberi respon terhadap mesej undangan perkahwinan Luna.

PENGACARA dan aktivis media sosial, Najwa Shihab berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan dan scam melalui mesej ringkas serta panggilan telefon sehingga membuatkan dia lebih berhati-bati menerima sebarang komunikasi daripada nombor tidak dikenali.

Pun begitu, sikap berhati-hati itu akhirnya membawa kepada satu kejadian lucu apabila dia secara tidak sengaja mengabaikan undangan perkahwinan daripada pelakon Luna Maya yang diadakan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

"Baru-baru ini saya dapat undangan daripada Luna, disebabkan ia datang daripada nombor tidak dikenali dan ada pautan dalam mesej tersebut, saya tidak endahkan.

Luna (kanan) dan Maxime mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel mewah.

"Saya fikir Luna sudah berkahwin di Bali kan," katanya kepada Kompas.

Dalam pada itu, Najwa memberitahu dia kemudiannya menerima mesej daripada Luna sendiri yang bertanya sama ada sudah menerima undangan tersebut atau tidak.

Ternyata undangan yang diterima sebelum ini adalah sahih daripada pelakon berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Luna Maya sah jadi milik Maxime Bouttier dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN:Luna Maya belum hamil, tengah ‘datang bulan’

"Sewaktu Luna mesej saya, dia tanya sudah terima belum undangan? Rupanya mesej yang saya terima itu betul," ujarnya sambil tersenyum.

Pada 30 Julai lalu, Luna dan suami, Maxime Bouttier mengadakan majlis resepsi perkahwinan serba mewah di Hotel Four Seasons, Jakarta.

Luna dan Maxime sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 7 Mei lalu dalam sebuah acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain