PENYANYI Maluma menjadi perhatian ramai apabila menegur seorang peminat yang membawa bayi kecil ke konsertnya tanpa perlindungan telinga.
Menurut laporan People, konsert yang berlangsung di Mexico itu dihentikan secara tiba-tiba selepas menyedari kehadiran wanita mendukung bayi yang berada di tengah lautan penonton.
Ujar Maluma atau nama sebenarnya Juan Luis Londono Arias, 31, dia mempersoalkan kehadiran bayi itu yang disifatkan tidak sesuai untuk berada dalam acara hiburan.

Maluma menyedari kehadiran seorang wanita membawa bayi di konsertnya.
"Berapa umur dia (bayi)? Setahun? Kurang setahun?
"Awak fikir ini idea yang bagus bawa bayi umur setahun pergi menonton konsert? Tempat macam ini? Bayi itu pun tak tahu kenapa dia ada di sini," katanya.
Dalam pada itu, Maluma menyeru agar golongan ibu bapa lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan anak-anak kecil terutama ketika berada di dalam suasana hiburan berisiko tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: Chris Martin tak sengaja kantoikan pasangan curang di konsert Coldplay
ARTIKEL BERKAITAN: Polis serbu konsert G-Dragon, tangkap pekerja haram
"Lain kali lindungi mereka (anak kecil). Serius. Bunyi terlalu kuat, itu adalah tanggungjawab awak (ibu bapa).
"Saya tegur ini dengan penuh kasih dan hormat. Sekarang saya sudah bergelar bapa, saya tidak akan bawa anak saya ke konsert macam ini. Lain kali tolong peka," ujarnya.
Untuk rekod, Maluma baharu saja menimang cahaya mata pertama iaitu Paris Londono Gomez pada 9 Mac 2024 hasil perkongsian hidup dengan teman wanitanya, Susana Gomez.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


