suria

Tiada istilah terlambat, Krisdayanti sambung belajar universiti

Krisdayanti bakal memulakan semester pertama pada September ini.

PENYANYI Krisdayanti mengambil keputusan untuk menunaikan impian melanjutkan pelajaran di universiti pada usia 50 tahun. 

Suara melaporkan, meskipun sudah mencipta kejayaan sebagai anak seni dan ahli politik, Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD menganggap tiada istilah terlambat dalam mengejar ilmu.

"Baru sekarang saya ada kesempatan, jadi inilah masa sesuai. Pendidikan itu adalah sebahagian daripada kehidupan yang tidak pernah berhenti. Jadi bila-bila masa pun sesuai untuk menimba ilmu, saya rasa tiada istilah terlambat,” katanya. 

Krisdayanti meneruskan impian untuk menyambung pelajaran di universiti.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menghitung Hari ini memberitahu dia bakal memulakan semester baharu pada September depan di Open University dalam jurusan Ilmu Pemerintahan di bawah Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik. 

Tambahnya, keinginan untuk melanjutkan pelajaran sudah lama wujud namun tertangguh akibat komitmen kerja sejak muda. 

"Saya belum pernah berpeluang untuk masuk masuk universiti selepas tamat sekolah menengah. Pernah juga mengikuti kursus komunikasi awam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk politik tapi Krisdayanti tak lupa nyanyian... Teliti terima tawaran, tanya rakan artis ‘rate’ harga terkini

ARTIKEL BERKAITAN: Tercalon jawatan Datuk Bandar, netizen kecam Krisdayanti ‘pose’ tepi kubur bapa minta restu

"Dari muda sudah terbiasa bekerja mencari rezeki, sampai sekarang saya masih bekerja," ujarnya. 

Sementara itu, KD menganggap pengajiannya kali ini bukan sekadar mengejar segulung ijazah tetapi lebih kepada mahu memperkukuh ilmu dan pengalaman yang diperoleh sewaktu bergelar Ahli Parlimen Indonesia bagi penggal 2019-2024. 

"Sewaktu di parlimen, saya banyak belajar dan sekarang mahu teruskan proses itu secara formal melalui pembelajaran. Pada saya, tak kira usia berapa pun yang penting kita terus beri manfaat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia