suria

Kalah kali kedua, Jefri Nichol tumpas dalam tempoh 38 saat

Jefri akur dengan kekalahannya.

PELAKON Jefri Nichol terpaksa akur dengan kekalahan kali kedua dalam pertarungan tinju Superstars Knockout Vol. 3 yang berlangsung di Jakarta Convention Center, pada malam Sabtu.

Menurut laporan Insertlive, Jefri tewas kepada El Rumi anak kepada komposer terkenal Ahmad Dhani dalam masa hanya 38 saat pada pusingan pertama.

Difahamkan, kekalahan tersebut berpunca daripada kecederaan bahu yang dialami oleh Jefri, memaksa pengadil untuk menghentikan pertarungan lebih awal bagi mengelakkan risiko kecederaan yang lebih serius.

El Rumi diumum sebagai juara.

Pertarungan yang dijadualkan berlangsung selama lima pusingan itu berakhir secara mengejut apabila Jefri tidak memberikan tentangan dan membiarkan El melancarkan pukulan bertubi-tubi, sekali gus menjejaskan keselamatannya di atas gelanggang.

Keputusan untuk menghentikan pertarungan disokong oleh semua juri, sekali gus menobatkan El Rumi sebagai pemenang dan juara baharu Influencer Championship Boxing (ICB).

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan tiduri 20 wanita hanya gurauan, Jefri Nichol mengaku masih teruna

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah kembali follow IG, Jefri Nichol tinggal komen romantis buat Ameera Khan

Kekalahan mengejut itu bukan sahaja mengecewakan Jefri, malah turut mengejutkan para penonton yang hadir menyaksikan pertarungan tersebut.

Malah Jefri berharap dirinya diberi lebih banyak masa untuk melawan namun akur apabila keputusan dibuat demi keselamatan dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia