SELEPAS dua bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Nadin Amizah akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Faishal Tanjung pada Jumaat.
Pasangan itu dilaporkan bernikah di Bandung, Indonesia dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri rakan serta ahli keluarga terdekat.
Khabar gembira itu dikongiskan oleh penyanyi Vidi Aldiano yang merupakan suami kepada aktres Sheila Dara di Instagram miliknya.

Antara perkongsian tetamu yang hadir ke acara Nadin.
Pada majlis itu, Nadin, 25, menerima barang perhiasan emas seberat 28.4 gram dan wang tunai RM2,309 (Rp 8.082.025) mas kahwin.
Nadin terlihat anggun mengenakan kebaya berona putih dan dipadankan dengan songket berwarna kuning sedondon dengan Faishal.
Sebelum pernikahan Nadin turut mengadakan majlis pengajian yang sederhana sebagai memohon restu kepada kedua ibu bapanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak rehat sepanjang persembahan, suara merdu Nadin Amizah buai emosi penonton
ARTIKEL BERKAITAN: Nadin Amizah kembali ‘jentik’ emosi peminat, konsert ‘Malam Mendengar’ 16 Mei depan
Faishal merupakan seorang pemuzik dan adik kepada Sheila Dara.
Untuk rekod, pasangan ini sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta sebelum mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


