KELUNAKAN dan kemerduan suara penyanyi Indonesia iaitu Nadin Amizah berjaya membuai emosi penonton yang hadir di showcase Malam Mendengar Nadin Amizah pada Jumaat.
Bukan hanya buat peminat, malah bagi Nadin sendiri persembahan kali ini cukup istimewa apabila menampilkan 40 pemuzik orkestra dari Jakarta.
Membuka tirai membawakan lagu popular Sorai dan diikuti Semua Aku Dirayakan, suasana di ruang Zepp Kuala Lumpur terus gamat dengan sorakan peminat.
Nadin mempersembahan 15 buah lagu pada malam konsert.
"Walaupun saya pernah melakukannya di Jakarta namun ini pengalaman pertama saya di sini," katanya menyapa penonton yang hadir.
Memberikan persembahan penuh tenaga, Nadin menyampaikan setiap lagu dengan baik dalam tempoh satu jam setengah konsert berlangsung.
Malah dia juga tidak mengambil masa rehat dan cukup mesra menyapa peminat sepanjang acara.
ARTIKEL BERKAITAN: Nadin Amizah kembali ‘jentik’ emosi peminat, konsert ‘Malam Mendengar’ 16 Mei depan
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal cair emosi peminat, Nadin Amizah buat konsert pertama di Malaysia
Penyanyi ini dalam masa sama turut meluahkan rasa terharu apabila peminat hadir mengikut tema pakaian seperti yang dimaklumkan sebelum konsert.
Pada malam itu, Nadin menyanyikan kira-kira 15 buah lagu termasuk Di Akhir Perang, Rumpang, Mendarah, Kekal, Bertaut, Hormat Kepada Angin dan Menangis Di Jalan Pulang.
Kemuncak acara, Nadin menghiburkan peminat dengan lagu Rayuan Perempuan Gila yang sememangnya dinantikan setiap kali dia tampil membuat persembahan.
Nadin menghiburkan 2,000 peminat di Kuala Lumpur.
Bagaikan terbuai emosi, penonton juga ikut nyanyi bersama setiap lagu yang disampaikan.
Pada hujung persembahan, Nadin membuat kejutan menyanyikan lagu tambahan berjudul Sorak Sorai sebagai hadiah istimewa buat peminat.
Secara keseluruhan, konsert Malam Mendengar Nadin Amizah meninggalkan kenangan cukup indah buat kira-kira 2,000 peminat yang hadir.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!