suria

Nampak manja tapi rupanya seorang gamers, Lineage2M permainan video kegemaran Elizabeth Tan

Lizzy aktif bermain permainan video sejak daripada kecil.

NAMPAK sahaja lembut dan manja, rupa-rupanya penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan obses dengan permainan video.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 32, berkata, dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu sejak kecil disebabkan terpengaruh dengan abangnya sendiri sehingga terjebak sehingga ke hari ini.

“Saya sebenarnya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi.

Lizzy aktif bermain 'game' sehingga sekarang.

“Mungkin sebab terpengaruh tengok abang yang memang seorang 'kaki game'... Sampaikan saya pun terikut sekali,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Elizabeth mendedahkan dia pernah menipu ibu bapanya kerana obses dengan permainan video sehingga sanggup berjaga pada waktu malam.

Katanya, walaupun sudah dewasa dan berkahwin namun sehingga ke hari ini dia masih aktif bermain permainan video sekiranya mempunyai waktu terluang.

“Saya sanggup berjaya malam tanpa pengetahuan ibu bapa sebab kalau mereka tahu kena marah!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kini bertugas di Perak, jarak buat Elizabeth Tan semakin rindu

ARTIKEL BERKAITAN: Sedihnya, Elizabeth Tan keguguran impian timang anak belum tercapai... “Tidak tahu bila lagi saya akan hamil”

“Antara permainan video kegemaran saya adalah Lineage2M. Boleh dikatakan agak 'hardcore' juga,” ujarnya.

Melihat peredaran e-sukan, Lizzy percaya bermain permainan video mempunyai sudut positif termasuk melatih minda seseorang.

Jelas Lizzy, kebanyakan permainan video melatih seseorang untuk melakukan strategi serta berfikiran diluar kotak dan bukan sekadar berseronok semata-mata.

“Saya percaya video games ini mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas.

Lizzy mula bermain permainan video selepas terpengaruh dengan abangnya.

“Banyak permainan yang memerlukan strategi serta reaksi pantas dan ini sangat membantu dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Sebelum ini, Lizzy merupakan antara selebriti terawal yang menerima pakej eksklusif ke dunia fantasi Lineage2M  menerusi penghantaran dron pada 10 Mei lalu. 

Selain Lizzy, selebriti lain yang menerima kotak misteri yang sama ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta dua lagi pempengaruh iaitu Cathryn Li dan Han Xiiao Aii.

Kempen itu dijayakan oleh keempat-empat mereka menjelang pelancaran rasmi Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain