suria

Ayat ‘dia bukan taste saya’ guris hati Fieya Julia, Luqman Faiz hantar mesej minta maaf

Fieya terasa hati dengan kenyataan Luqman.

TANPA berselindung penyanyi Fieya Julia terasa hati dengan kenyataan dikeluarkan oleh rakan selebriti iaitu Luqman Faiz tentangnya secara terbuka.

Terkejut dengan kenyataan dibuat Luqman, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 26, percaya penyanyi berkenaan boleh menggunakan ayat lebih berhemah dalam menjawab soalan diajukan kepadanya.

Kata Fieya, hatinya mungkin tidak terguris jika perkara itu hanya dicakap dalam kalangan rakan-rakan dan bukannya kepada pihak media.

Fieya dan Luqman hanya kawan rapat.

“Saya terkejut juga sebab tak tahu dia ada cakap fasal gosip membabitkan kami.

“Apabila membaca artikel tentangnya, memang ada terasa hati sebab dia cakap kepada umum dan bukan sekadar gurauan dengan rakan-rakan.

“Tapi saya pula jenis kalau sakit hati akan diam. Mungkin dia boleh guna ayat lebih baik daripada itu,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Fieya mengulas perkara itu susulan kenyataan Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25, yang memberitahu penyanyi tidak memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara batu bentuk segi tiga dalam MV, Fieya Julia dituduh pengikut illuminati... Sampai ke situ netizen fikir!

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan panggil bomba pecah masuk rumah, Fieya Julia disangka hilangkan diri - “Saya tertekan tiada duit”

Ayat 'dia bukan taste saya' digunakan Luqman turut dianggap seperti merendah-rendahkan maruah Fieya. 

Luqman mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab gosip kononnya mereka sedang bercinta susulan kerap memuat naik foto bersama di media sosial.

Dalam pada itu, Fieya memberitahu Luqman ada menghantar mesej memohon maaf kepadanya dan menyatakan kekesalan di atas apa yang berlaku.

Memang ada terasa hati sebab dia cakap kepada umum dan bukan sekadar gurauan dengan rakan-rakan.

FIEYA JULIA

PENYANYI

Tidak menyimpan dendam, Fieya juga menyambut permohonan maaf dibuat Luqman kepadasnya.

“Dia ada mesej dan minta maaf kepada saya, dan saya pun cakap kat dia saya okay sahaja dan sudah maafkan dia," ujarnya.

Sementara itu, Fieya menjelaskan dia hanya menganggap Luqman seperti adik dan tidak pernah menyimpan sebarang perasaan terhadapnya.

Fieya sudah ada pilihan hato sendiri.

Malah dedah Fieya, hatinya juga sudah dimiliki oleh seseorang.

“Saya dan Luqman memang rapat tapi macam adik-beradik.

“Saya anggap dia macam adik, lagipun saya sudah ada pilihan hati sendiri,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain