PENYANYI Hafif Suip mendedahkan menderita masalah batu karang dalam buah pinggang.
Tidak menganggap perkara itu sebagai beban, Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, sebaliknya bersyukur mendapat tahu perkara itu selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital.
Ini kerana dia percaya nikmat sihat dan diuji dengan penyakit semuanya datang daripada Allah SWT.
Hafiz anggap penyakit dialami sebagai ketentuan daripada Allah SWT.
"Alhamdulillah, dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang.
"Sakit atau sihat milik Allah," katanya.
Hafiz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa mula daripada ‘kosong’, Hafiz Suip buka akaun IG baharu
ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip mengaku dalam proses bercerai, sedia lepaskan isteri cara baik
Pada hantaran berkenaan, Hafiz turut berkongsi foto dia menjalani beberapa prosedur sebelum dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
Bagaimanapun penyanyi Terus Bersinar ini tidak berkongsi perkembangan lanjut tentang penyakit dialaminya itu.
Sebaliknya di akhir perkongsian, Hafiz hanya menunjukkan gaya 'thumbs up' seakan-akan mesej memberitahu dia dalam keadaan baik.
Hafiz masih mampu tersenyum walaupun hidap penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Hafiz agar cepat sembuh daripada penyakit berkenaan.
"Semoga cepat sembuh Hafiz.
"Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Hafiz," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!