suria

Kerap terima komen lucah, Leona ‘sound’ pemilik akaun palsu - “Tak takut dosa ke?”

Leona tenang berdepan dengan pelbagai komen lucah.

TINDAKAN seorang individu yang sering meninggalkan komen berbaur lucah kepada Kasih Iris Leona akhirnya berjaya meraih perhatian pempengaruh media sosial itu.

Leona, 23, berkata, individu berkenaan bukan sahaja kerap meninggalkan komen jelik pada setiap hantaran media sosialnya malah mengesan dia menggunakan identiti palsu.

"Saya bukan jenis membaca komen pada setiap perkongsian saya, tapi ada satu menjadi perhatian ramai iaitu seorang lelaki meninggalkan komen lucah kepada saya.

Perkongsian terbaharu Leona turut mendapat pelbagai komen daripada lelaki gatal.

"Perkara pertama terlintas di fikiran saya adalah adakah dia tak pernah tengok payudara sepanjang hidupnya?

"Biasanya bila saya terbaca komen seperti itu saya hanya persetankan sebab kita tak perlu beri perhatian kepada golongan ini," katanya.

Leona mengulas perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Menurut Leona, awalnya dia tidak mempedulikan perkara itu namun perbuatan penyamar tersebut memberi kesan kepada pemilik identiti sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona senyap-senyap mohon kursus ‘degree’ diminati, tak mahu ikut pilihan ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Cekap memasak dan kemas rumah, tindakan Azhar Sulaiman hantar Leona belajar di UK tepat

Jelasnya, dia bersimpati kerana pemilik sebenar terpaksa menganggung akibat daripada perbuatan yang dilakukan orang lain.

"Sejujurnya saya tak peduli tapi lelaki ini menyamar sebagai orang lain sehingga melibatkan campur tangan pihak universiti. 

"Saya sudah mengetahui pemilik identiti sebenar dan saya berasa kasihan kepadanya kerana dia dianiya," kongsinya.

Dalam pada itu, Leona memberitahu sedia memaafkan penyamar namun berharap dia berhenti melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Leona selalu abaikan komen negatif.

"Nasihat saya kepada individu itu jalani kehidupan sendiri dan dan berhenti berpura-pura menjadi orang lain.

“Awak tahu menggunakan akaun palsu adalah salah tetapi kenapa buat juga? Tidak takut dengan dosa ke?

“Saya boleh maafkan awak tapi orang lain tidak. Awak akan masuk neraka, maka jadilah individu lebih baik," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain