suria

Gimik buat peminat ‘menyirap’, Akim ikut rancangan promosi konsert

Akim (kiri) hanya mengikut perancangan yang dibuat pihak penganjur untuk mempromosikan konsert mereka.

SUSULAN berita laman Instagram digodam, ramai peminat yang meluahkan rasa bimbang terhadap penyanyi Akim Ahmad. 

Mengakui ia sekadar gimik, Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 34, bagaimanapun meluahkan rasa lega kerana tidak menerima kecaman. 

“Mereka 'menyirap' (sakit hati) dengan saya. Ramai rasa tertipu sebab mereka (peminat) betul-betul risau apabila Instagram saya digodam. 

"Syukur Alhamdulillah saya tidaklah menerima apa-apa reaksi negatif daripada orang ramai tentang gimik ini,” katanya kepada mStar

Ramai peminat bimbang apabila mendapat tahu IG milik Akim digodam.

Akim berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Akim & The Majistret yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Tambahnya perancangan tersebut juga langkah terbaik untuk mempromosikan konsert berkenaan. 

Baginya peminat akan memberi perhatian terhadap kisah peribadi seorang artis. 

"Saya mengikut cara yang diminta penganjur untuk melakukan gimik tersebut. Saya cuba sahaja ikut cara mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: IG kena godam, Akim Ahmad pesan jangan tekan sebarang link dihantar akaunnya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bapa hidap kanser paru-paru, ‘turning point’ Akim Ahmad berhenti merokok

"Bagi saya ia serba sedikit dapat membantu memberi pendedahan kepada orang ramai (tentang konsert) dan dalam masa sama boleh berinteraksi bersama peminat. 

"Kalau zaman sekarang ini, tidak kisahlah apa cara sekali pun paling penting kita dapat tarik perhatian orang dengan cara interaktif bersama peminat," ujarnya. 

Pada 21 April lalu, akaun Instagram milik Akim yang mempunyai 1.5 juta pengikut dilaporkan telah digodam individu tidak bertanggungjawab. 

Perkara itu didedahkan pihak pengurusan Akim yang dimuat naik di Instagram rasmi kumpulan Akim & The Majistret. 

Akim & The Majistret bakal mengadakan konsert pada 28 Jun ini.

Susulan itu, wakil penyanyi berkenaan meminta orang ramai tidak membalas atau menekan sebarang pautan yang dikirim melalui akaun tersebut. 

Konsert Akim & The Majistret yang diberi judul  'Rampas Kuala Lumpur'  bakal berlangsung pada 28 Jun di Mega Star Arena. 

Dengan lebih 20 buah lagu bakal dibawa, ia bukan sekadar konsert sebaliknya ini merupakan manifesto muzik rock Malaysia. 

Tiket boleh didapati secara online di www.ticket2u.com.my dengan harga bermula RM159 hingga RM249.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain