REMAJA 17 tahun iaitu Ooi Tianjia berjaya menawan hati barisan juri dan penonton apabila muncul sebagai Juara Idol Lelaki menerusi pertandingan Idol Bintang Baharu ToYm.
Manakala Ng Xin Yi, 23, pula berjaya muncul sebagai Juara Idol Wanita selain membawa pulang Anugerah Paling Popular yang menjadikan dirinya menjadi satu-satunya pemenang berganda pada pertandingan tersebut.
Tianjia tampil menyerlah dengan gabungan persembahan penuh emosi dan bertenaga — bermula dengan balada ciptaan sendiri sambil bermain gitar, sebelum beralih ke tarian Latin rancak menerusi lagu Billie Jean.
Tianjia menerima wang tunai RM30,000, kontrak bakat bersama ToYm dan trofi edisi terhad.
Tianjia membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
Xin Yi pula menampilkan tarian moden yang kemas dan bergaya, diserlahkan lagi dengan senyuman yakin dan pertunjukan pentas yang hebat.
Dia membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM40,000, kontrak bakat ToYm dan trofi eksklusif sekali gus menjadikannya bintang paling menonjol malam itu.
Naib Juara Pertama dimenangi oleh Aeron Jeszel Iskandar (Lelaki) dan Sherlyn Poh (Perempuan), masing-masing menerima RM20,000, kontrak bakat ToYm dan trofi.
Manakala Chee Lim Peng dan Bell (Nabila Balqis) dinobatkan sebagai Naib Juara Kedua dengan hadiah wang tunai RM15,000, kontrak bakat dan trofi.
Xin Yi turut membawa pulang Anugerah Paling Popular selain Juara Idol Wanita.
Tiga peserta menerima Anugerah Saguhati bagi setiap kategori, masing-masing menerima RM5,000, kontrak bakat ToYm dan trofi.
Bagi kategori Idol Lelaki turut memperlihatkan persaingan daripada Iyad Sanim, Lee Yee Keat (Purple YK) turut menerima Anugerah Bakat Terbaik bernilai RM10,000 serta Kayson Loh Zhong Kai memenangi Anugerah Personaliti Media Sosial Paling Popular bernilai RM10,000.
Untuk kategori Idol Wanita turut disertai oleh Jennifer Ong Wei Ying, Carmen Lee Jia dan Charmaine Chan Yun Xuan.
Acara turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Fatimah Noryyah, artis pertama yang dilancarkan di bawah label Thousands of Years Media.
Kesemua peserta yang bertanding bergambar kenangan selepas pertandingan berakhir.
Penyanyi serba boleh ini, yang fasih dalam tiga bahasa, menampilkan vokal bertenaga dan persembahan penuh karisma menerusi tiga buah lagu: Gemilang, Jumping Machine dan This Is Me.
Acara Malam Kemuncak yang berlangsung di Andaman Grand Ballroom, Kuala Lumpur ini mengambil masa lima jam sarat dengan inspirasi dan emosi.
Seramai 24 finalis bersaing melalui tiga segmen utama: persembahan bakat, lakonan berkumpulan, dan sesi soal jawab secara spontan, semuanya direka untuk menyerlahkan kualiti seorang bintang sejati.
Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan memulakan pertandingan dengan video pengenalan diri selama 15 saat, diikuti persembahan solo berdurasi sehingga dua minit.
Jment Lim berjanji memperkasa generasi muda, memperkukuh identiti penceritaan tempatan, dan menjulang nama Malaysia di persada hiburan serantau.
Mereka kemudiannya menghadapi cabaran “Golden 10 Seconds”, segmen ringkas yang memberi peluang kepada peserta untuk menambat hati penonton secara langsung, sekali gus meningkatkan keterujaan dan kemeriahan suasana dewan.
Setiap kumpulan turut membawakan sketsa lakonan berdurasi 10 minit, mempamerkan keupayaan lakonan dan keserasian berpasukan.
Hos majlis, Owen Yap dan Chrystina Ng, mengendalikan sesi temu bual spontan bagi menilai daya fikir pantas, personaliti dan penguasaan pentas para peserta.
Ia sekali gus menyerlahkan lagi unsur persaingan dan memperkayakan nilai hiburan sepanjang acara.
Fatimah Noryyah turut menghiburkan penonton pada majlis berkenaan.
Pengasas Thousands of Years Media (ToYm) dan SunStrong Entertainment, Jment Lim turut menzahirkan penghargaan atas sambutan hangat terhadap drama mikro sulung ToYm berjudul In Character.
Berkeyakinan tinggi terhadap masa depan pasaran drama mikro tempatan, Lim turut mengumumkan rancangan menerbitkan lebih lima siri drama mikro baharu dalam bahasa Cina dan Melayu.
"Ia adalah sebagai usaha mempercepat pertumbuhan kandungan asli tempatan sambil membina generasi baharu bakat lakonan dan pencerita digital.
“ToYm kekal teguh sebagai peneraju dalam mencungkil dan membina bakat baharu serta beriltizam memperkasa generasi muda, memperkukuh identiti penceritaan tempatan, dan menjulang nama Malaysia di persada hiburan serantau,” katanya.