PERCUTIAN indah sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi ngeri apabila empat beranak ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati ketika bermalam di sebuah tapak glamping pada Rabu.Mangsa terdiri daripada bapa, Muhamad Ali Munawar, 52; ibu, Maghfirah (43); serta dua anak mereka iaitu Bagas Amar Hakiki, 21 dan Alvino Evan Hakim, 16. Pihak polis percaya insiden maut di kawasan pelancongan Posong, Temanggung, Jawa Tengah, Indonesia itu berpunca daripada keracunan gas sama ada yang terbebas daripada tong gas mudah alih atau asap hasil aktiviti barbeku mereka.Ketua Unit Siasatan Jenayah Temanggung, Iptu I Komang Mahendra Deputra berkata, khemah yang tertutup rapat selepas aktiviti memasak dipercayai menyebabkan gas terperangkap dan udara tidak mengalir dengan baik.“Selepas barbeku, mereka terus masuk tidur dan menutup khemah. Itu yang mungkin jadi punca,” katanya.Pada peringkat awal, polis menyangka kesemua mangsa muat akibat keracunan makanan, namun teori itu ditolak selepas tiada kesan muntah atau sisa makanan dijumpai.Apa yang lebih memilukan, kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan kaku terbaring di atas katil di dalam khemah glamping berkenaan.Walaupun tiada kesan muntah atau buih di mulut, namun beberapa mangsa ditemukan dalam keadaan tangan menggenggam.Pihak polis kemudian membawa keluar semua mayat untuk proses siasatan lanjut termasuk bedah siasat.Di rumah keluarga di Desa Kebumen, Banyubiru, suasana bertukar pilu apabila semua jenazah tiba untuk dikebumikan.Wakil ahli keluarga, Muhamad Khoerudin berkata mereka menerima berita itu sekitar 10 malam dan pada awalnya sukar mempercayai kejadian tersebut.Sementara itu, Ashadi pula berkata tiada tanda pelik sebelum keluarga itu pergi bercuti.Dalam pada itu, Yuliana menyifatkan mereka sebagai keluarga yang sangat baik, pemurah dan aktif melakukan amal kebajikan.Malah, mereka baru sahaja selesai melakukan ibadah korban sempena Aidiladha serta mengubah suai rumah keluarga untuk keselesaan bersama.Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk keputusan bedah siasat bagi mengesahkan punca sebenar kematian empat beranak ini. -Agensi