ANGKARA dendam terhadap isteri yang menuntut cerai, seorang lelaki tergamak melampiaskan nafsu serakahnya sebelum bertindak kejam membunuh anak tirinya sendiri yang baru berusia 16 tahun, dalam satu kejadian tragis pada 24 Mei lalu.Ketua Polis Cianjur, A Alexander Yurikho Hadi menerusi kenyataan pada Jumaat mengesahkan, remaja perempuan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di kediaman mereka yang terletak di Desa Ciramagirang, Cianjur, Indonesia.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu bertindak menghilangkan diri sejurus selepas kejadian, sekali gus menimbulkan rasa curiga pihak berkuasa. Hasil kecekapan pihak berkuasa, suspek akhirnya berjaya ditahan dan dia kemudiannya mengaku terbabit dalam kematian mangsa.Alexander berkata, siasatan lanjut turut membongkar terdapat unsur jenayah seksual ngeri yang dipercayai berlaku sebelum kematian remaja berkenaan.Berdasarkan laporan kronologi kes, suspek dipercayai menyerang mangsa yang ketika itu sedang tidur dengan bertindak menjerut lehernya menggunakan kabel telefon.Siasatan turut mendapati suspek tanpa belas kasihan bertindak menjerut leher mangsa buat kali kedua selepas menyedari remaja tersebut masih bernyawa.Polis turut mendedahkan bahawa suspek mengaku melakukan gangguan seksual melampau terhadap mangsa, sehingga menyebabkan kecederaan parah pada alat sulit.Kes berkenaan kini disiasat mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak dan Kanun Keseksaan Indonesia.Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun. -Agensi