suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Selamatkan dia dulu!” - Dewan bedah penuh, wanita sarat mengandung ‘korban’ giliran demi nyawa ibu hamil kritikal

Petugas perubatan akan melakukan yang terbaik demi pesakit. -Gambar hiasan

TINDAKAN murni seorang wanita sarat mengandung menyerahkan bilik pembedahan untuknya demi menyelamatkan nyawa seorang ibu lain yang kritikal, meraih pujian meluas daripada warga maya.

Kejadian menyentuh hati itu dilaporkan berlaku di Hospital Rakyat Weifang, wilayah Shandong, China.

Menurut laporan, wanita terbabit sedang menunggu untuk menjalani pembedahan selepas berpuasa hampir dua jam.

Namun ketika itu, sebuah teksi membawa seorang wanita hamil dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah tiba di unit kecemasan hospital.

Lebih menyedihkan, wanita tersebut datang bersendirian tanpa keluarga, dokumen pengenalan diri atau rekod perubatan.

Doktor kemudian mendapati semua bilik pembedahan penuh dan bilik seterusnya hanya akan tersedia kira-kira 40 minit lagi.

Tanpa berlengah, pengarah pusat obstetrik hospital memaklumkan situasi kecemasan itu kepada wanita pertama yang sedang menunggu di bilik pembedahan.

"Selamatkan dia dahulu. Saya boleh tunggu," kata wanita hamil berkenaan.

Wanita yang kritikal tersebut segera dibedah selepas kehilangan kira-kira 3,500ml darah.

Malangnya, bayi dalam kandungannya gagal diselamatkan walaupun doktor sudah mencuba sedaya upaya.

Keesokan harinya, wanita itu dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa.

Sementara itu, wanita hamil yang 'memberi laluan' bilik pembedahannya, selamat melahirkan bayi lelaki dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Kisah pengorbanan dan kebaikan hati wanita tersebut mendapat perhatian meluas di media sosial dengan meraih lebih 32 juta tontonan sejak ia disiarkan. -Agensi

Artikel Lain