SEKURANG-KURANGNYA 15 orang pelajar maut dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah perempuan di tengah Kenya ketika mereka sedang tidur, awal pagi Khamis.Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di Sekolah Perempuan Utumishi yang terletak kira-kira 80 batu di barat Nairobi. Menurut pihak polis, kebakaran tercetus di bahagian asrama sekolah berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.Pasukan penyelamat dikerahkan bagi mengesan semua pelajar yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.Sementara itu, Palang Merah Kenya memaklumkan pihaknya turut berada di lokasi bagi membantu operasi menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa terlibat.Komander polis, Masoud Mwinyi menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan."Ia adalah situasi yang menyedihkan dan memilukan," katanya kepada media tempatan.Mwinyi turut memaklumkan bahawa beberapa pelajar yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala kawasan sekolah kini dikawal ketat pihak berkuasa.Kebakaran di sekolah berasrama penuh bukan perkara asing di Kenya. Antara punca yang sering dikaitkan termasuk perbuatan khianat dengan api serta kerosakan elektrik.Pada tahun 2023, satu kebakaran besar di sebuah asrama sekolah di Guyana turut meragut 19 nyawa kanak-kanak selain mencederakan beberapa mangsa lain. -Agensi