suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah cuai tinggal tungku kayu api lepas masak daging korban, dua buah rumah hangus pada petang Aidiladha

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja penyejukan di lokasi kebakaran dua buah rumah pada petang Aidiladha.

DUA buah rumah dilaporkan musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran ngeri yang dipercayai berpunca daripada kecuaian meninggalkan tungku kayu api tanpa dipadam, ketika mangsa sedang sibuk menyambut perayaan Aidiladha pada petang Rabu.

Kebakaran itu menyebabkan dua kediaman milik Bu Tati dan Agus Setyawan hangus sepenuhnya selepas api merebak dengan pantas dari bahagian dapur.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan perumahan padat penduduk di Kotakulon, Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia.

Menurut ahli keluarga mangsa, rumah berkenaan ditinggalkan seketika dan tungku itu dipercayai baru digunakan untuk memasak daging korban sebelum api tercetus.

Seorang saksi kejadian, Sukarman menceritakan, ketika kejadian dia sedang berada di ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba ternampak api sudah marak dari arah dapur kediaman Bu Tati lalu merebak ke bahagian bumbung dalam tempoh yang sangat singkat.

Dia bersama anak lelakinya kemudian cuba meredah keadaan untuk menyelamatkan barangan berharga, namun mereka hanya sempat membawa keluar sebuah peti sejuk dan sebuah almari pakaian ekoran situasi yang semakin cemas dan membahayakan nyawa.

Malah, Sukarman sendiri turut mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan bahan terbakar ketika sedang sibuk mengalihkan barangan berkenaan, namun dia tetap meneruskan usaha murni membantu jirannya itu.

Penduduk sekitar turut bergotong-royong memadam kebakaran menggunakan air dari rumah jiran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.

Sementara itu, Ketua Seksyen Bomba Bondowoso, Martanto berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar pukul 3.25 petang sebelum anggota dikerahkan ke lokasi.

Difahamkan, Bu Tati mengalami trauma selepas rumah bantuan yang didiaminya musnah sepenuhnya selain semua harta benda gagal diselamatkan sehingga menyebabkan dia kini hilang tempat tinggal. -Agensi

Artikel Lain