TINDAKAN seorang pemuzik jalanan menampar pelanggan sebuah gerai makanan kerana enggan memberi wang mengundang padah apabila dia ditahan pihak berkuasa.Lelaki itu ditahan oleh Agensi Ketenteraman Awam Kota Solo, selepas didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan Singosaren, Daerah Serengan, pada petang Selasa. Menurut Ketua Satpol PP Kota Solo, Didik Anggono, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang terganggu dengan tingkah laku pemuzik jalanan terbabit."Ketika aduan diterima, pelaku sudah meninggalkan lokasi."Kami kemudian memeriksa beberapa gerai makanan yang sering menjadi tempat dia melepak sebelum berjaya menemuinya di kawasan Jebres," katanya.Difahamkan, suspek berjaya ditahan sekitar pukul 11 malam waktu tempatan ketika sedang mengira wang hasil kutipannya di sebuah gerai makanan di kawasan berkenaan.Menurut Didik, lelaki itu kini menjalani sesi kaunseling di sebuah pusat perlindungan di bawah kendalian agensi perkhidmatan sosial Kota Solo.Selain diberikan amaran, suspek turut diminta menandatangani surat akujanji supaya tidak mengulangi perbuatannya. -Agensi