SEORANG pemuda tergamak membakar rumah ibu bapanya sendiri kerana berang tidak diberikan wang dalam kejadian Sabtu lalu.Suspek berusia 26 tahun itu turut bertindak merosakkan beberapa bahagian rumah sebelum membakarnya menggunakan pemetik api. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Jalan Alolama, Kendari Sulawesi Tenggara, Indonesia.Menurut kenyataan polis pada Selasa, suspek datang ke rumah berkenaan untuk meminta wang daripada ibu bapanya, namun bertindak agresif selepas permintaannya tidak dipenuhi.Suspek kemudian memecahkan tingkap rumah sebelum membakar meja dan dinding kediaman tersebut menggunakan pemetik api.Bagaimanapun, api berjaya dikawal sebelum merebak ke bahagian lain rumah apabila penduduk sekitar segera membantu memadamkan kebakaran.Selepas kejadian, suspek melarikan diri dari lokasi sebelum pasukan rondaan polis menjalankan operasi mengesan lelaki terbabit di sekitar tempat kejadian.Hasil pencarian membawa polis ke sebuah rumah kosong yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum suspek berjaya diberkas untuk tindakan lanjut.Polis turut merampas satu pemetik api berwarna merah yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan pembakaran.Kes kini dalam siasatan pihak berkuasa. -Agensi