suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwa air smoothie, sate udang tak sedap... Pelancong warga asing enggan bayar baki bil RM9, terus ‘blah’ dari restoran

Tangkap layar CCTV menunjukkan kejadian yang berlaku.

SEORANG wanita warga asing dikecam ramai selepas didakwa enggan membayar penuh bil makanan di sebuah restoran kerana tidak berpuas hati dengan minuman yang dipesan dalam kejadian Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku di New Break Taek di kawasan Chalong, Phuket sebelum video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pertikaian tersebut tular di media sosial Thailand.

Memetik laporan portal tempatan, wanita terbabit datang bersama anak perempuannya dan seorang wanita Thailand dipercayai pengasuh.

Video menunjukkan wanita itu bersama anaknya meninggalkan restoran selepas enggan membayar baki 80 baht (RM9.70) daripada jumlah bil keseluruhan.

Menurut dua pekerja restoran yang menjelaskan kejadian itu kepada media tempatan, pelanggan berkenaan pada awalnya memesan sate udang dan smoothie nanas sebelum meminta smoothie strawberi tanpa gula.

Selepas makanan dan minuman dihidangkan, pekerja menyerahkan bil keseluruhan berjumlah 455 baht (RM55).

Namun wanita itu enggan membayar dengan alasan kuantiti udang terlalu sedikit selain smoothie strawberi yang diterima tidak seperti dijangkakan.

Pekerja restoran mendakwa mereka sudah memohon maaf dan menawarkan untuk menyediakan semula minuman itu mengikut citarasa pelanggan, namun tawaran tersebut ditolak.

Selepas berbincang, pelanggan terbabit hanya bersetuju membayar sate udang dan smoothie nanas berjumlah 375 baht (RM45), tetapi tetap enggan membayar baki 80 baht sebelum meninggalkan restoran.

Menurut pekerja berkenaan, mereka pada awalnya menyangka perlu menanggung sendiri baki bayaran itu mengikut polisi restoran.

Bagaimanapun, pemilik restoran kemudian meneliti rakaman CCTV sebelum memutuskan pekerja tidak perlu menanggung kerugian tersebut.

Tambah mereka lagi, restoran itu sudah beroperasi lebih 20 tahun dan ini merupakan kali pertama kejadian seperti itu berlaku. -Agensi

 

Artikel Lain