SEORANG remaja berusia 15 tahun tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dalam kejadian pada Sabtu lalu.Berdasarkan aduan dibuat keluarga mangsa, suspek membawa kanak-kanak itu ke rumahnya dengan alasan mahu menunjukkan bunga yang sememangnya digemari mangsa sebelum merogolnya. Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama kakaknya manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.Sejurus ibu bapanya pulang ke rumah, mangsa mengadu sakit pada bahagian sulit sebelum ibunya mendapati terdapat kesan lebam hitam dan merah pada tubuh kanak-kanak itu."Apabila isteri saya bertanya kepada anak, dia menceritakan apa yang berlaku. Lewat malam itu, kira-kira pukul 11 malam selepas saya pulang menjual sayur, isteri memaklumkan kejadian tersebut kepada saya."Keesokan paginya, keluarga suspek mengetahui mengenai kejadian itu dan merayu supaya kami memaafkan anak mereka," kata bapa mangsa.Menurutnya, anak perempuannya kini mengalami trauma meskipun baru sahaja memulakan persekolahan.Sehari selepas kejadian, penduduk kampung bertindak bersemuka dengan suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.Kes disiasat mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) dan suspek kemudiannya ditahan polis. -Agensi